Kalau korang penggemar TikTok atau media sosial, pasti korang mengenali seorang buruh ladang yang tular sejak akhir-akhir ini. Kisahnya tular dan viral selepas dimuatnaik di pelbagai platform media sosial kerana keunikannya dalam menyuntik semangat untuk hidup selain memberi dan berkongsi ilmu tentang hal-hal ladang.
Dengan loghat Pahang yang dituturkan, ramai yang tertarik dengan penyampaiannya. Bak kata orang ramai, penyampaian dengan bersahaja sebegitu mampu dirasakan oleh sesiapa sahaja yang menontonnya. Dia mula terkenal dengan pesanan hidup tentang dirinya yang bekerja sebagi buruh ladang.
“Aok (awak) tengah ‘down’ ke tu? Lantak awaklah, down sorang-sorang. Koi (saya) tak down. Koi ada pekerjaan.
“Biarlah orang nak cakap pekerjaan koi ‘low class’ pun. Aok dengar cakap-cakap orang tu dia bagi duit kat aok ke? Ada? Tak ada. Apa faedah aok layan sangat apa cakap orang,” antara kata-katanya dalam video berkenaan.
Terbaharu, sebuah lagi video yang tular dengan pesanan dan nasihat yang dilihat sarkastik, tetapi jika dilihat pada sisi lain, ia adalah pesanan untuk jangan menghakimi seseorang jika kita tidak berada di dalam kasutnya. Teruskan melangkah, kerana hidup bukan bergantung kepada penafsiran orang lain.
Katanya, ada yang bertanya kepada dirinya tentang apa kelebihan kerja di ladang sehinggakan jika mendapat tempat atau tawaran lain, dia masih tidak mahu berganjak daripada pekerjaan itu.
“Ada orang tanya, apa yang best sangat kerja di ladang ni. Sampai orang ajak pergi mana pun taknak. Haaa dengar kawan (saya) nak cerita. Ni pelepah ni, tengok gini ni berduri ni, apa yang ada dalam ni.
“Dalam ni ada beras, susu, gula, milo, baju baru, baju raya, kasut, nasi lemak, roti canai, nasi arab, haaa semua duduk dalam ni. Semua duduk dalam pelepah ni.
“Bukan duduk dalam poket awak. Ni dalam pelepah ni. Awak tak yakin. Yang di atas tu yang bagi. Awak nak tentukan nasi orang awak tu siapa? Ingat sikit, janganlah marah, terima kasih,” luahnya dalam bentuk nasihat sebagai buruh ladang sawit dan ia mengena di hati orang ramai.
@lokoih_ Apa yang beh sangat keje diladang 🥰🥰. Newbie Content Creator #buruhladang
@lokoih_ Apa yang beh sangat keje diladang 🥰🥰. Newbie Content Creator #buruhladang ♬ original sound – Buruh Ladang
Meninjau ruangan komen, ramai yang terasa ‘deep’ selepas mendengar nasihat yang dilontarkan buruh ladang sawit itu. Sampai ada yang berjenaka menyuruh dia menjadi Perdana Menteri untuk menyuntik semangat orang ramai.
“Bang, sekarang negara kita under caretaker. Saya kalau boleh nanti nak mintak duduk bawah kerajaan abang. Hari-hari di motivatekan,” gurau seorang netizen bernama Haqri Sabri.
“Kata-kata penuh bermakna dari seseorang insan yang didadanya penuh dengan pengalaman yang berguna. Terbaik sahabat buruh ladang. Hidup Pak Rodong!” kata Mohd Hairil.
Melalui kata-kata buruh ladang sawit yang dikenali sebagai Pak Rodong ini, dia mengingatkan bagaimana untuk tidak membandingkan kehidupan dengan orang lain secara tidak sihat. Kita dilahirkan dengan jalan hidup yang berbeza. Jadi hiduplah dengan cara kita dan selalu berbuat baik dalam apa jua keadaan.
Sumber: lokoih__
Baca juga: Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..