Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!

Resipi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!

Kategori: ,
sambal goreng berapi

Siapa yang suka sambal? Kebanyakan dari kita tak sah kan kalau tak ada sambal. Biasanya, kita makan nasi dengan sambal belacan atau sambal yang merah-merah tu kan? Untuk perkongsian kali ini, jom kita buat sambal versi goreng pula.

Memang sedap! Boleh makan dengan nasi panas-panas je tau. Sambal goreng ni boleh disediakan garing kering atau basah-basah. Ikut kesukaan dan citarasa masing-masing nak makan macam mana.

Jom cuba sambal goreng berapi ni sama-sama!

Resepi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!

Bahan-Bahan:

  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili padi merah + hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • ikan bilis
  • asam keping + serbuk perasa
  • kuali legend (ramuan utama sambal bertambah sedap)

Cara Penyediaan:

  1. Goreng semua bahan.
  2. Kisar hancur bahan yang digoreng tadi.
  3. Goreng balik bahan kisar. Boleh ikut citarasa, nak goreng kering atau sehingga kelihatan basah-basah sahaja.
  4. Siap! Boleh dimakan dengan nasi panas-panas ditambah telur mata kuning dan kicap!

sambal goreng berapi sambal goreng berapi sambal goreng berapi sambal goreng berapi

Mudah sangat kan buat sambal goreng berapi? Ikut je langkah-langkah ni dan dah boleh buat sambal goreng dah. Nampak simple kan? Tapi sekali makan dengan nasi panas, memang akan tak boleh move on. Kadang-kadang, benda yang simple lagi menarik, kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati.

Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli

Baca juga: Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!

tags: | |