Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bagi Yang Tak Sihat, Dapatkan Rawatan”, Singapura Tarik Balik Telur Malaysia, Dicemari Bakteria Salmonella

“Bagi Yang Tak Sihat, Dapatkan Rawatan”, Singapura Tarik Balik Telur Malaysia, Dicemari Bakteria Salmonella

Kategori:
telur Malaysia

Minggu ini, media melaporkan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan telur yang dimport dari sebuah ladang di Malaysia ditarik balik selepas mengesan Salmonella Enteridis (SE) dalam produk terbabit.

Memetik laporan CNA, telur berkenaan dibekalkan Teo Seng Layer Farm 1 dengan dikenal pasti melalui kod “CEJ027” yang tertera pada kulitnya.

“Bagi Yang Tak Sihat, Dapatkan Rawatan”, Singapura Tarik Balik Telur Malaysia, Dicemari Bakteria Salmonella

telur Malaysia

Dalam satu kenyataan media menurut Berita Harian, SFFA memaklumkan ladang berkenaan tidak dibenarkan untuk mengeksport telur keluarannya ke Singapura. Ia sehingga isu pencemaran itu diselesaikan sepenuhnya.

SFA turut mengarahkan kesemua enam pengimportnya menggantung penjualan atau menarik balik telur daripada ladang berkenaan. BH Fresh Food diarahkan menarik balik telur yang diedarkan ke kedai runcit sebagai langkah berjaga-jaga.

“Salah satu pengimport, BH Fresh Food diarah menarik balik telur yang diedarkan ke kedai runcit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya yang turut memberitahu, lima lagi pengimport lain turut dikehendaki mengambil langkah sama.

Tarik Balik Telur Diedar Di Kedai Runcit

telur Malaysia

Dalam pada itu, SFA menyarankan orang ramai yang membeli telur terbabit disarankan memasaknya dengan betul sebelum dimakan. Bagi yang memakan telur dan berasa tidak sihat perlu mendapatkan rawatan perubatan. Salmonella Enteritidis boleh terdapat di dalam telur, begitu juga di kulit telur.

Bakteria boleh hidup dalam telur mentah dan yang tidak dimasak betul serta menyebabkan penyakit bawaan makanan. Gejala termasuk cirit-birit, sakit perut, demam, mual dan muntah.

Oleh hal yang demikian, ramai komen dan reaksi netizen berkenaan isu Telur Malaysia tersebut. Ada yang merungut bekalan telur di Malaysia sudah terhad, dan kenapa hal ini boleh juga berlaku?

“Sini telur sepapan asyik takda stok je, yang ada omega telur 10 biji RM6.80 mahal nak mampuih. Makan nasi kicap je lah,” kata netizen bernama Susan memberi komen isu telur Malaysia disekat itu.

“Kita jenuh cari telur sampai stress fikir nak beli makan rupanya dicemari Salmonella lah pula selama ni helok je,” komen netizen lain bernama Fizaezira.

Telur Mahal, Stok Kurang, Macam Mana Boleh Jadi Begini?

telur Malaysia

Melaui isu telur Malaysia ini, diharap semuanya akan selesai dengan segera bersama tindakan yang proaktif dan strategik. Ia banyak memberi kesusahan kepada rakyat terutamanya kerana telur merupakan bahan asas dan antara yang utama di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: “Lepas Potong Kek, Dia Bagi Hadiah”, Cikgu Fadli Kongsi Cerita Pelajar Yatim Beri Hadiah Padanya, Terkejut & Sebak..

tags: | |