Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelajar Jual Aiskrim Di Koperasi Sekolah Menangis Gara-Gara Disindir Kawan, Cikgu Ini Cuba Pujuk

Pelajar Jual Aiskrim Di Koperasi Sekolah Menangis Gara-Gara Disindir Kawan, Cikgu Ini Cuba Pujuk

Kategori:
pelajar jual aiskrim

Tabiat mengusik rakan sebaya merupakan sesuatu yang biasa di usia remaja, hal ini sering berlaku di sekolah dan menyebabkan emosi si mangsa terganggu.

Oleh itu, para guru memainkan peranan penting dan perlu prihatin pada para pelajar. Jika melihat pelajar sedang bersedih, apa salahnya kita cuba berbual dan hiburkan hati mereka seperti yang dilakukan cikgu ini.

Pelajar Jual Aiskrim Di Koperasi Sekolah Menangis Gara-Gara Disindir Kawan, Cikgu Ini Cuba Pujuk

Terbaharu, seorang cikgu, atiqahliyanasalleh telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat lucu pelajarnya.

Merupakan seorang pengawas koperasi dan bertugas untuk menjaga koperasi sekolah, pelajar itu melaksanakan tugasan seperti biasa.

Namun, beberapa orang pelajar setingkatan tiba dan ingin membeli aiskrim yang dijual di sana. Sekadar untuk mengusik, mereka memanggelar pelajar perempuan itu sebagai mak cik semasa membayar. pelajar jual aiskrim

Sedih disindir, pelajar perempuan itu pulang ke kelasnya sambil menangis. Melihat keadaan pelajarnya, cikgu tersebut cuba memujuknya.

“Aina! Aina okey?”, tanyanya. “Comel la Aina. Aina okey tak? Budak tingkatan berapa? Okey, kalau dia form 3, Aina pun form 3 maksudnya dia saja.”, pujuk cikgu itu. pelajar jual aiskrim

Tambahan di ruangan video, cikgu itu turut menjelaskan bila jadi pengawas koperasi sekolah, perlulah kuat kerana dia turut pernah mengalami perkara sama seperti pelajarnya itu.

@atiqahliyanasalleh Hahaah, Jadi pengawas koperasi kene kuat tau Aina ❤️😂 #ragamsekolah #pengawaskoperasi #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypシ ♬ Cartoon sound that causes funny laughter(877048) – tomotam

Di ruangan komen, beberapa orang juga tampil untuk memujuk pelajar tersebut yang jelas sedih dengan sindiran itu.

“Takpe Aina kena panggil mak cik. Abang ni bukan kena panggil pak cik, kena panggil atok terus masa umur 17 tahun. Sedih bhai hidup!”, jelas seorang pengguna.

Ramai Juga Cuba Pujuk Pelajar Itu  pelajar jual aiskrim

Sabar lah adik, memang ada yang suka mengusik. Kalau sesiapa yang pernah menjaga koperasi sekolah pun pasti terkena hal yang sama.

Jangan sedih terlalu lama tau!

Kredit: atiqahliyanasalleh

Baca Juga: “Nikmat Dibuangnya..” – Tak Suka Makan Taugeh, Gadis Ini Gigih Asingkan Dari Kuey Teow Hingga Jadi Bukit

tags: | |