Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sedekah Dari Membazir,” Terpaksa Keluarkan Semula Goodies Kenduri, Wanita Ini Reda Dengan Takdir Hidup

“Sedekah Dari Membazir,” Terpaksa Keluarkan Semula Goodies Kenduri, Wanita Ini Reda Dengan Takdir Hidup

Kategori:
reda dengan takdir hidup

Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya ketentuan Tuhan. Seperti kata pepatah, kita merancang, Tuhan juga merancang, tetapi perancangan Tuhan adalah yang paling benar dan hebat. Jika perancangan tidak terjadi seperti yang diingini, hidup perlu diteruskan juga dan sentiasa percaya dengan rezeki yang tidak dijangka di hadapan.

“Sedekah Dari Membazir,” Terpaksa Keluarkan Semula Goodies Kenduri, Wanita Ini Reda Dengan Takdir Hidup

reda dengan takdir hidup

Menyebut perihal jodoh, tular sebuah video di laman TikTok hari ini tentang kisah jodoh yang tidak kesampaian. Mungkin, Tuhan lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Video yang dikongsikan oleh seorang wanita itu menceritakan bagaimana dia reda dan ikhlas apabila majlis kahwin adiknya harus dibatalkan dengan tidak diduga.

“Hari ni sepatutnya tarikh adik akad nikah. Tapi, hmmmm. Terpaksa keluargkan semua semua goodies-goodies. Sedekahkan je dari membazir.

“One step je lagi. Terpaksa dibatalkan, harap adik saya tabah dalam menghadapi dugaan,” katanya dalam video kisah reda dengan takdir hidup adik.

reda dengan takdir hidup

Menurutnya, segala door gift atau goodies itu telah disedekahkan kepada ahli-ahli pondok tahfiz sebagai satu bentuk sedekah dan mengelak pembaziran. Goodies yang berbentuk air minuman dan sejadah yang diletak di dalam beg kertas itu disedekahkan kepada yang memerlukan.

Perkahwinan Adik Dibatalkan, Goodies Sedekah Kepada Pusat Tahfiz

reda dengan takdir hidup

@waty1105

hari ni sepatutnye…tarikh adik diakad….tapiiiiiii……..hmmmmm….

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@waty1105hari ni sepatutnye…tarikh adik diakad….tapiiiiiii……..hmmmmm….♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Melihat komen orang ramai, netizen turut bersimpati atas kejadian yang menimpa wanita ini sekeluarga. Kata mereka, pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

“Tak dapat pahala menikah dan nikmat menikah. Tetapi pasti dapat pahala sedekah dan nikmati sedekah sepanjang benda yang disedekahkan itu memberi manfaat,” kata netizen.

“Allahu, semoga tabah ya. Sebaik-baik perancang Allah lebih mengetahui segalanya kak. Keep strong mungkin ada hikmah yang lebih baik selepas ini,” tulis netizen bernama Lela Shamsuri memberi komen berkenaan wanita reda dengan takdir hidup yang menimpa adiknya di hari perkahwinan yang dibatalkan kerana ada kejadian yang terjadi.

“Mungkin Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik nanti,” ujar netizen lain bernama Noly.

reda dengan takdir hidup

“Mungkin Tuhan Akan Gantikan Dengan Lebih Baik”

 

@waty1105

takdir ni kite x blh nk jangka…jiran ckp ….

♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

@waty1105takdir ni kite x blh nk jangka…jiran ckp ….♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Apabila ditanya berkenaan sebab kenapa perkahwinan harus dibatalkan, wanita itu hanya menjawab adiknya tiada jodoh dengan pasangan. Netizen berdoa dan hanya memohon yang terbaik atas segala kesulitan yang dihadapi.

Semoga kisah wanita reda dengan takdir hidup adiknya yang dikongsikan di laman TikTok ini dapat diambil iktibar bahawa manusia hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang mengetahui segalanya. Semoga segalanya baik-baik sahaja buat semua dah diharapkan ketabahan yang kuat buat keluarga tersebut.

Sumber: Waty

Baca juga: “Call Tak Angkat, Mesej Tak Balas..”, Peniaga Kedai Makan Kesal Modal Habis Beribu, Tak Sangka Pekerja Buat Macam Ni

tags: | |