Setiap kali ada kenalan yang menunaikan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci Mekah, ‘buah tangan’ wajib yang dikirim untuk dibawa pulang ke Malaysia sudah tentunya air zam zam. Air zam zam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di muka bumi ini.
ia tidak pernah putus mengalir daripada dulu. Jemaah dapat mmenikmati air zam zam secara percuma pada bila-bila masa kerana ia ditempatkan di segenap pelosok dan ruang di dalam Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Menurut mStar, pasti ramai yang berbisik di dalam hati, bertuahnya rakyat dan penduduk yang tinggal di Tanah Suci kerana boleh menikmati air zam zam tanpa had. Mungkin juga ada yang bernaggapan, mereka mengambil air zam zam di masjid seperti yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah.
Namun begitu, menerusi perkongsian TikTok, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Makkah, dia berkongsi cara bagaimana rakyat dan penduduk di negara tersebut mendapatkan air zam zam di kilang yang terletak di Kudai, Makkah.
Dalam video berdurasi 2.30 minit itu, Masnirra berkongsi beberapa langkah untuk membuat pembelian air zam zam secara layan diri (self service).
“Mula-mula masukkan nombor pegenalan diri (ID) kerana hanya mereka yang menetap di Makkah dan rakyat Arab Saudi sahaja yang boleh membeli air zam zam dekat sini.
“Apabila sudah memasukkan nombor ID, pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, bawa resit pembayaran ke tempat pengambilan air zam-zam.
“Kemudian ambil troli terlebih dahulu sebab bilangan botol air zam zam mengikut isi rumah. Apabila dah scan resit, air zam-zam akann keluar dari tempat khas. ,” kongsinya dalam kisah kenapa air zam zam tak rasa payau macam dulu. .
Tambahnya, untuk sekali pembelian, mereka boleh membeli sebanyak 20 botol air zam-zam. Dalam video yang sama, Masnira turut menjawab soalan yang dilontarkan oleh netizen mengenai rasa air zam zam. Ini kerana ketika ini rasanya berlainan jika dibandingkan dengan dahulu.
“Kalau ingat masa dulu, mak atau nenek pergi umrah, bila mereka suruh minum air zam zam, kita taknak sebab rasanya tak sedap. Rasanya payau macam minum air terus dari telaga.
“Sebenarnya air zam zam sekarang telah disuling terlebih dahulu dan ditapis di kilang khas yang ada dekat Masjidilharam.
“Kemudiaan dibahagi kepada tiga bahagian. Pertama, kegunaan jemaah Masjidilharam, kedua dipam terus ke dalam lori untuk dibawa ke Madinah.
“Jangan minta saya belikan dan pos. Sebab tak boleh. Salah di sisi undang-undang untuk jual air zam zam atau pos ke negara lain,” terangnya tentang kenapa air zam zam tak rasa payau macam dulu.
https://www.tiktok.com/@masniraramli/video/7154678986587655425?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@masniraramli Kenapa air zamzam tak rasa payau macam dulu2? Ada saya beritahu di video. Pastikan tengok sampai habis tau! #mekah #airzamzam #infoumrah #umrah2022 #masjidalharam ♬ at my worst – FOMY
Sehingga kini, video berkenaan meraih sehiingga melebihi 960,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.
Sumber: mStar