Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Untung Jual Makanan Sedikit Tak Apa, Saya Nak Bantu Orang Dekat Luar Sana, Ujar Peniaga Kedai Makan

Untung Jual Makanan Sedikit Tak Apa, Saya Nak Bantu Orang Dekat Luar Sana, Ujar Peniaga Kedai Makan

Kategori:
untung jual makanan

Ketika ini, bukan satu hal yang janggal apabila melihat peniaga kedai makan harus menaikkan harga jualan mereka akibat bahan mentah yang sentiasa naik harganya. Tetapi, ia haruslah selari dengan kenaikan harga sesuatu bahan mentah, dan tidak mengambil kesempatan atas isu ini.

Tetapi, hal yang sebaliknya berlaku kepada seorang peniaga kedai makan di Puchong apabila dia tidak menaikkan harga jualan kerana ingin membantu orang ramai di samping berniaga.

Menurut laporan Harian Metro, peniaga warga emas, Mohd Ramli Baharom berkata bahawa pelanggann sudah membantu jualannya dengan membeli, jadi dia pula membantu pelanggan dengan menjual pada harga yang murah sedikit.

Untung Jual Makanan Sedikit Tak Apa, Saya Nak Bantu Orang Dekat Luar Sana, Ujar Peniaga

untung jual makanan

Gerai Rahmat di Medan Selera Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Taman Tasik Puchong Perdana, Puchong yang diusahakan Mohd Ramli, 70, tular kerana menjual makanan tengah hari dengan harga yang murah.

Warga emas itu masih menjual seekor ikan dan seketul ayam dengan harga RM2.50, manakala nasi putih, sayur dan air tanpa susu berharga RM1. Manakala, minuman bersusu serta nescafe dan milo pula RM2.

Mohd Ramli mengakui dalam dilema dengan kenaikan kos sara hidup terutama di bandar. Selain itu, harga barang ketika ini amat membimbangkan namun dia masih mendapat untung jualan serta berpuas hati biarpun hanya sedikit.

Menurutnya, dia tidak menaikkan harga jualannya sejak lebih lima tahun lalu dan mahu berkongsi rezeki terutama dengan mereka yang memerlukan.

“Saya tahu bukan semua pelanggan bergaji besar dan mesti ada yang mencari harga murah. Malah memang ramai orang muda makan di sini. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak rugi biarpun untung tidaklah besar tetapi saya berpuas hati.

“Pada saya mungkin jualan saya hari ini dapat membantu orang lain terutama pekerja golongan B40. Dan apabila saya susah nanti ada orang pula yang bantu saya,” katanya yang menjual hampir 30 pelbagai jenis masakan kampung dalam kisah untung jual makanan sedikit tak apa kerana ingin membantu orang lain.

Mahu Bantu Orang, Terutama Pekerja B40

untung jual makanan

Katanya, setakat ini dia belum memikirkan untuk menaikkan harga jualan, namun sekiranya tiada keuntungan dia juga terpaksa menaikkan harga makanan.

“Harga makanan mengikut banyak mana mereka ambil contoh seperti sayur harganya RM1 tetapi kalau banyak, harganya lebih sedikit,” katanya yang tinggal di Puchong Perdana.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia sudah berniaga sejak 20 tahun lalu dan tidak menyangka gerainya tular apabila seorang pelanggan memuat naik video di TikTok.

“Alhamdulillah, memang dari dulu ramai juga pelanggan makan di sini dan selepas tular ada juga bertambah lagi. Biasanya jam 2 petang makanan sudah banyak habis.

“Harga RM13 untuk tiga orang itu berdasarkan saiz hidangan mereka yang sederhana. Ada yang mengambil ikan patin masak tempoyak dan harga tetap sama iaitu RM2.50 sepotong.

“Lagipun kami tidak jual ikan besar dan saiznya sederhana saja jadi berbaloi dengan harga,” katanya yang berniaga setiap hari sehingga jam 4 petang menceritakan kisah untung jual makanan sedikit tak apa kerana ingin membantu orang lain.

2 Tahun Berniaga, Tak Sangka Kedai Makan Tular

untung jual makanan

Video tular itu dimuat naik seorang pelanggan Mohd Ramli yang mendoakannya dimurahkan rezeki kerana menjual makanan dengan harga murah iaitu RM13 untuk tiga orang.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Wanita Ini Jelaskan Kenapa Air Zam Zam Tak Rasa Payau Macam Dulu, Pengalaman 12 Tahun Tinggal Di Mekah

tags: | |