Kalau korang tak tahu nak masak apa, jom kita try buat ayam rose terlajak sedap ni. Resepi ni dikongsi oleh seorang peniaga makanan dan ramai pelanggan memuji hidangan ini sedap. Jom kita ikuti langkah dan cara buat resepi menarik ayam rose ini bersama!
Wanita Ini Kongsi Resipi Menarik Ayam Rose, Ramai Pelanggan Puji Sedap. Menu Wajib Cuba!
Bahan-Bahan:
- Ayam seekor – lumur garam kunyit dan goreng separuh masak.
- 2 1/2 senduk cili kering siap dimesin.
- 1 senduk sos cili
- 1 cawan santan
- 1/2 tin susu cair
- garam
- gula pasir
Bahan-Bahan Kisar:
- bawang besar 3 labu
- bawang putih 5 ulas
- halia 5cm
- lengkuas 5 cm
- serai 4 batang
- 4 biji tomato ranum
Bahan Tumis:
- minyak masak sesenduk – gunakan minyak ayam goreng tadi
- sehelai daun pandan simpul
- 2 serai dititik
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan bahan yang dimesin. Kacau sekejap.
- Agak garing masukkan 2 1/2 senduk cili kering mesin dan sos cili sesenduk. Masak sampai betul-betul pecah minyak.
- Kemudian masukkan santan 1 cawan dengan susu cair 1/2 tin. Kacau rata.
- Masak bagi kuah mendidih.
- Perasakan garam serta gula secukup rasa. Masukkan ayam goreng tadi. Perlahankan api, biar kuah mendidih perlahan-lahan bersama ayam goreng tadi. Perlahankan api, biar kuah mendidih. bersama hingga ayam masak sepenuhnya. Tambah air jika terlalu pekat.
- Ambil lagi sebiji tomato ranum dan bawang besar. Belah 2 dan potong bulat. Masukkan ke dalam ayam tadi.
- Kalau suka kacang pis, masukkan kacang pis.
- Biar layu sikit, tutup dan siap.
- Potong daun saderi dan daun pudina serta bawang goreng. 3 daun ini penting untuk bangkitkan bau yang sedap. Baru bau macam lauk kenduri. Selamat mencuba!
Tips:
- Boleh mesin halus buah keras dan separuh carrot masuk dalam kuah.
- Mesti guna buah tomato ranum. Tomato ranum rasanya manis sedap. Saiz yang besar sikit ya.
- Jangan guna air terlalu banyak semasa mesin. Cukup anggaran 1/2 cawan air sebab nanti tomato akan ada air.
- Kuah ayam rose mesti pekat, rasa seimbang masam-masam manis baru ummmphhh!
Siap sudah resepi menarik ayam rose ini. Memang rasanya ala makanan kenduri. Selamat mencuba dan menikmati semuanya.
Kredit: Faizah Binti Abdul Hamid
Baca juga: Resepi Sardin Homemade Guna Pressure Cooker Cara Mudah, Kuah Jadi Sedap & Pekat!