Seperti sedia maklum, Hari Deepavali pada tahun ini jatuh pada hari Isnin, 24 Oktober 2022. Sambutan Deepavali meraikan keharmonian masyarakat serta memupuk semangat muhibah dan persefahaman yang unggul berpaksiikan budaya hormat menghormati.
Perayaan ini juga turut mengingatkan akan pentingnya usaha pembangunan sosioekonomi rakyat, penciptaan kekayaan untuk pengagihan yang lebih saksama dan menjana kemakmuran untuk dikongsi bersama.
Sempena Deepavali juga, ia telah banyak membuka pintu rezeki ramai orang. Misalnya, menurut laporan Bernama, seorang pengusaha muruku dan biskut, J.Mishalin dapat menampung dan mencari rezeki apabila permintaan muruku tinggi untuk perayaan Pesta Cahaya ini.
Mishalin terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan tempahan bagi jualan larisnya, muruku dann achu muruku atau kuih ros selain beberapa jenis biskut moden. Dia yang mengusahakan muruku dan biskut dari rumah berkata permintaan dan jualan terhadap makanan berkenaan meningkat ketara sejak akhir bulan lepas berikutan sambutan Deepavalil.
“Saya terima banyak tempahan untuk muruku, achu muruku dan beberapa jenis biskut seperti biskut kacang tanah dan Almond London. Disebabkan permintaan yang menggalakkan, saya terpaksa mengehadkan tempahan,” kata pengusaha muruku terbabit.
Menurut Misalin, pelanggan terdiri daripada berbilang kaum dan bukan sahaja dari Pulau Pinang malah Pahang, Kuala Lumpur dan Kedah.
Mishalin berkata beliau juga menerima tempahan untuk acara khusus dan perayaan seperti Krismas, Hari Raya dan Tahun Baru Cina.
“Pelanggan mengulangi temoahan (muruku dan biskut) kerana saya hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang bukan sahaja memberi kepuasan kepada mereka (pelanggan) malah saya sendiri,” kata pengusaha muruku itu.
Mishalin berkata pembuatan muruku dan bsikutnya kini kembali rancak selepas pandemuk Covid-19.
“Saya bersyukur pada masa ini perniagaan berjalan lancar. Ia membolehkan saya menajna pendapatan tahun ini. Saya harap biskut tradisional (seperti muruku dan kuih ros) serta biskut moden saya akan terus mendaoat permintaan tinggi dari ramai pelanggan.
“Ia suapaya dapat menebus kerugian yang dialamai sejak dua tahun lepas akibat pandemik,” jelas peniaga muruku tersebut.
Beliau berkata biskut tradisionalnya dijual pada harga antara RM25 dan RM100 manakala biskut moden berharga antara RM24 dan RM35 sebalang.
Sumber: Astro Awani