Korang dah jemu guna rempah kari yanng beli dekat kedai dan terasa nak buat dekat rumah? Haaa, perkongsian kali ini memang untuk korang yang nak cuba buat rempah kari yang homemade yang power.
Jom kita ikut resepi rempah kari ikan & daging homemade ni. Memang padu rasa dia. Tinggal buat, simpan dalam peti dan masak kari macam biasa.
Resipi Rempah Kari Ikan & Daging Homemade, Memang Padu Berbanding Rempah Kedai, Kena Cuba Buat!
Bahan-Bahan Rempah Kari Ikan:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sudu besar rempah biji (ketumbar)*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
- kunyit hidup
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 sudu besar jintan putih*
- 1 sudu besar jintan manis*
Cara Penyediaan Rempah Kari Ikan:
- Basuh, tapis cili kering, rempah biji ketumbar, bawang putih, lada hitam, bawang putih, lada hitam, jintan manis dan jintan putih.
- Rendam dengan air panas selama 10 minit. Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
- Jika ada yang suka masukkan serai, untuk sukatan ini 1 batang serai dah mencukupi. Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
- Sedia untuk dibuat kari. Simpan dalam peti dan ambil rempah jika mahukan ia nanti, masak la cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Bahan-Bahan Rempah Kari Daging:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sudu besar rempah biji (ketumbar)*
- 2 sudu besar jintan manis*
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar (5-7 ulas bawang kecil)
- sedikit kunyit hidup
- sebesar ibu jari halia
- 1/2 ibu jari lengkuas
Cara Penyediaan:
- Basuh, tapis cili kering, jintan manis, ketumbar, jintan manis dan lada hitam. Kemudian rendam dengan air panas selama 10 minit. Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.
- Jika ada yang suka masukkan serai, untuk sukatan ini 1 batang serai dah mencukupi. Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
- Sedia untuk dibuat kari. Simpan dalam peti dan ambil rempah jika mahukan ia nanti. Masak la cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Dah siap resepi rempah kari ikan & daging homemade kita. Memang berbaloi buat simpan dalam peti. Selain boleh jimat, rasanya lebih pekat dan mantap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan menikmati!
Baca juga: Resepi Paratha Nutella Air Fryer, Cara Paling Senang Dengan Rasa Paling Sedap!