Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Kudapan Smores Paling Mudah, Guna 3 Bahan Je Dah Dapat Isi Meleleh Coklat!

Cara Buat Kudapan Smores Paling Mudah, Guna 3 Bahan Je Dah Dapat Isi Meleleh Coklat!

Kategori: ,
kudapan smores

Korang suka kudap-kudap tak? Makanan ringan yang dimakan ketika waktu lapang misalnya. Untuk perkongsian resepi kali ini, min nak kongsi kudapan kesukaan anak-anak. Kalau yang tak tahu apa itu smores, ia adalah marshmallow yang dibakar, diapit oleh biskut dan lelehan coklat. Smores juga adalah gabungan sempurna dari coklat dan marshmallows.

Resepi ini juga menggunakan biskut selain daripada coklat dan marshmallows. Apa saja jenis biskut boleh digunakan contohnya biskut tiger, biskut marie, biskut masin atau macam-macam lagi jenis biskut yang ada. Boleh pilih ikut citarasa masing-masing.

Kalau korang jenis tak suka yang manis sangat, korang boleh pilih coklat yang kurang manis. Ia bergantung juga kepada pilihan coklat korang. Ikut citarasa masing-masing.

Jom kita ikut perkongsian resepi Cik Puan Faza Farhana ni. Ramai sangat yang suka sampai cecah 8 ribu perkongsian tau.

Cara Buat Kudapan Smores Paling Mudah, Guna 3 Bahan Je Dah Dapat Isi Meleleh Coklat!

Bahan-Bahan:

  • Biskut crackers atau apa sahaja jenis biskut.
  • Coklat (pilihan sendiri)
  • Marshmallows  kudapan smores

Cara Penyediaan Smores:

  1. Mula-mula susun biskut dalam bekas aluminium. kudapan smores
  2. Seterusnya masukkan coklat dan diikuti dengan marshmallows.  kudapan smoreskudapan smores
  3. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 5-7 minit atau sampai atasnya bewarna perang.  kudapan smores
  4. Siap untuk dihidang! kudapan smores

Dah siap kudapan smores kita. Sekali lagi, untuk seimbangkan rasa manis pada smores, korang boleh pilih untuk guna biskut crackers yang mana korang nak guna. Untuk bakas smores ni boleh tentukan suhu yang sesuai ikut oven masing-masing ya. Yang penting coklat mencair dan marshamallows berubah warna jadi keperangan dah cukup.

Tak lama pun nak bakar lebih kurang 5-7 minit je. Rasanya penggemar marshmallows ni bukan budak-budak je. orang dewesa pun ramai yang suka. Selagi resepi itu menggunakan coklat pasti ramai penggemarnya. Lebih-lebih lagi resepi yang mudah dibuat macam smores ni.

Boleh lah buat kudapan smores ni di rumah ya. Confirm anak-anak suka sebab rasanya lembut dan sedap sangat! Selamat mencuba dan menikmati.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Faza Farhana 

Baca juga: Peniaga Kongsi Cara Betul Buat Kek Chiffon Pandan Gebu & Gerenti Halus Mulus, Resepi Sedap Wajib Try!

tags: | |