Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penghantar Makanan McDonald’s Kini Dilindungi PERKESO

Penghantar Makanan McDonald’s Kini Dilindungi PERKESO

Kategori: ,
penghantar makanan McDonald's kini dilindungi Perkeso

McDonald’s Malaysia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memeterai memorandum persefahaman bagi memastikan semua penghantar makanan McDonald’s melalui perkhidmatan McDelivery dicarum dan dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.

Penghantar Makanan McDonald’s Kini Dilindungi PERKESO

penghantar makanan McDonald's kini dilindungi Perkeso

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, usaha ini akan membolehkan penghantar makanan McDonald’s yang merupakan Orang Bekerja Sendiri (OBS) dan tergolong dalam kalangan 20 sektor informal di negara ini mendapat perlindungan.

Seperti bencana pekerjaan sendiri termasuk kemalangan dan penyakit pekerjaan sendiri.

“Melalui kerjasama tersebut, McDonald’s bakal menjadi syarikat makanan dan minuman (F&B) pertama di negara ini yang menjalin kerjasama dengan Perkeso. Ia menerusi caruman SKSPS untuk melindungi para penghantar makanannya,” kata beliau dalam kenyataan penghantar makanan McDonald’s kini dilindungi Perkeso.

McDonald’s Syarikat F&B Pertama Jalin Kerjasama Dengan Perkeso

penghantar makanan McDonald's kini dilindungi Perkeso

Azmir menjelaskan, kerjasama dua hala itu juga akan diteruskan kerajaan menerusi inisiatif SPS Padanan Carumaan di bawah Bajet 2022.

Bantuan ini melibatkan pembiayaan oleh kerajaan sebanyak RM186.20 (80 peratus) daripada jumlah keseluruhan Pelan Caruman Kedua SKSPS sebanyak RM232.80.

Manakala OBS hanya perlu membayar baki RM46.60 (20 peratus) sahaja untuk tempoh perlindungan selama setahun.

Namun begitu, sebagai sebuah syarikat yang prihatin, McDonald’s Malaysia mengambil keputusan menaja caruman tahun pertama berjumlah RM250,000. Ia bagi memastikan kesemua 5,000 penghantar makanannya dilindungi di bawah SKSPS.

“Walaupun mereka bekerja sendiri mengikut kesesuaian masa dan keperluan masing-masing, mereka adalah barisan hadapan yang memastikan keberkesanan perkhidmatan McDelivery kami, yang kini merupakan antara salah satu segmen perniagaan yang menjana jumlah jualan tertinggi untuk syarikat.

“Segala manfaat dan insentif termasuklah tajaan melalui SKSPS ini merupakan tanda penghargaan syarikat terhadap kerja keras mereka bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan McDonald’s kegemaran,” jelas beliau.

5,000 Penghantar Makanan Dilindungi SKSPS, Nikmati 8 Faedah Perkeso

penghantar makanan McDonald's kini dilindungi Perkeso

SKSPS membolehkan OBS seperti penghantar makanan McDonald’s menikmati sebanyak lapan faedah Perkeso seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah pendidikan.

Sumber: Kosmo!

Baca juga: “Sedih Lain Macam..”, Ajak Kawan Makan Bekal Makanan Sama-Sama, Tapi Mereka Tak Nak..

tags: | |