Baru-baru ini, tular sebuah video yang hangat diperkatakan ramai lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan Kieda Crepe.
Video tersebut merupakan satu video review oleh pelanggan Kieda Crepe yang menyifatkan rasa makanan yang dibeli di sana seolah-olah rasa pungkoq (punggung).
Oleh hal demikian, peniaga terkenal Kieda Crepe berkenaan tampil membuat satu video balasan untuk mengulas video review terbabit sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi videonya, dia berkata menyamakan makanan umpama makan ‘tahi’ dan membuat reaksi muka seperti orang memasak makanan yang dijual dengan tidak seikhlas hati amat memberi kekesalan yang jelas kepada seorang peniaga.
“Demi Allah Kieda tak rasa sedih sangat bila orang kata crepe Kieda tak sedap sebab Kieda tahu mulut orang lain-lain citarasa. Tapi yang buat Kieda sedih bila kata makan makanan umpama makan tahi dan buat muka macam mana orang buat benda tu dengan tak seikhlas hati.
“Allahukabar, yang paling Kieda sedih makanan (buko) rasa macam pungkoq. Biasa rasa pungkoq kot noh. Ke korek-korek jenis cium ah, ke boleh bau lagu tu?
“Jangan lagu tu bang, makanan. Tak suka rasa tak sedap cakap dekat saya. Mari saya nak refund, tapi tak balas pula. Video boleh update. Saya nak refund, saya rugi takpa tapi janganlah burukkan vendor-vendor yang kek yang hampa makan tu akak dia baya umur saya.
“Saya minta maaf, ni kedai dessert kedai kampung sahaja, bukan shopping complex yang mewah-mewah untuk hampa saji, review..”, katanya dalam video berkenaan dalam memberi respond review makanan di Kieda Crepe.
https://www.tiktok.com/@kiedaamy/video/7162231330657422619?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458
@kiedaamy Tak salah review , tapi bagi kena cara and Adab hormat makanan 😢 #fypage #kiedacrepe ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Dalam masa yang sama, ada juga beberapa netizen memberi respond kepada review berkenanan sebagai tanda sokongan sekaligus mengajar cara beradab dengan makanan.
@ticerdeo Apa pon niat #kiedacrepe #fypシ゚viral #kiedacrepehqpenang
@ticerdeo Apa pon niat #kiedacrepe #fypシ゚viral ##kiedacrepehqpenang ♬ original sound – TicerDeo
Melihat ruangan komen, ramai netizen yang menyokong Kieda Crepe dan menyifatkan bahawa pelanggan itu gagal memberi review yang baik tetapi seolah-olah ingin menjatuhkan orang dan menutup periuk nasi seseorang.
“Kepada Kieda and all vendors di kedai Kieda, teruskan perjuangan ni tau. Allah uji pada permulaan, InsyaAllah ada pelangi lepasni,” kata netizen bernama Lily memberi komen tentang video tular review makan makanan di Kieda Crepe yang menjadi bualan ramai.
Dalam memberi komen, ada adab dan batas yang perlu dijaga. Kritik adalah satu hal yang membangkitkan dan menaikkan kualiti, jika ia menjatuhkan, ia sudah menjadi perkara dah hal yang lain.
Semoga semua di luar sana dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu.
Sumber: Kieda Crepe
Baca juga: “Hujan Lebat Pun Datang..”, Ramai Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki, Tak Sangka Begini Ceritanya..