Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tabiat Pemakanan Sihat Menjamin Kebahagian

Tabiat Pemakanan Sihat Menjamin Kebahagian

Kategori:

Hello geng, anda tidak tahu macam mana nak uruskan tabiat pemakanan sihat dengan baik? Jangan risau, disini saya ada 7 tips yang paling mujarab untuk anda cuba! Tunggu apa lagi, baca terus kesemua tips ini dengan betul supaya anda dapat menjamin kebahagian yang selalu.

7 Tips Pemakanan Sihat

  1. Rancang makanan kita terlebih dahulu

Luangkan hujung minggu dengan merancang makanan kita setiap hari dan barang yang hendak dibeli di kedai perlu disenaraikan dengan betul untuk memasak supaya kita tidak terpaksa makan meggi pada lewat malam sebagai pilihan.

  1. Buat diari pemakanan dengan betul

Gunakan telefon pintar kita untuk merekod perincian setiap hidangan yang kita makan kemudian rujuk semula setiap perkara yang kita rekodkan setiap minggu.Kita akan kagum dengan jumlah makanan yang kita makan. Jika kita mahu lebih advance dan terdapat aplikasi yang boleh membantu kita mengira jumlah kalori yang kita ambil setiap hari.

  1. Lazimkan berpuasa

Manfaat kesihatan daripada berpuasa tidak boleh dipandang rendah. Cubalah berpuasa dua kali seminggu (isnin dan khamis) seperti mana yang dinasihatkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika itu terlalu sukar, amalkan tiga kali sebulan (hari ketiga belas, empat belas dan lima belas dalam kalendar bulan Islam)

  1. Mulakan hari kita dengan sarapan penuh dengan nutrisi

Terlalu ramai orang menafikan sajian terpenting untuk permulaan hari mereka. Sarapan bertindak sebagai catalyst (pemangkin) untuk tubuh badan dan minda kerana ia menjadi sepak mula kepada metabolisma kita. Metobolisme pula adalah enjin yang bertanggungjawab terhadap kepantasan fungsi otak dan tubuh kita. Bersarapanlah dengan makanan yang dapat menguatkan otot daripada sumber protein yang baik seperti telur dadar. Berikan juga karbohidrat yang penting seperti oat, muffin atau roti untuk otak kita.

  1. Sentiasa bawa snek yang sihat

Kita sememangnya memerlukan makanan ringan yang sihat untuk memastikan tenaga kita sentiasa tinggi antara sela hidangan. Kacang memberikan lemak yang baik untuk aktiviti otak yang baik dan mempunyai banyak tenaga. Bawa sedikit bekalan kacang campuran dan buah-buahan kering dalam beg kerja kita. Mengekalkan tenaga kita antara hidangan akan membantu kita untuk menjadi sentiasa bertenaga fokus dan produktif.

  1. Makan buah

Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan sumber tenaga untuk tubuh. Sebiji buah adalah snek yang ideal untuk mengekalkan tenaga dan aktiviti otak pada tahap tinggi antara hidangan. Makanlah epal yang penuh fiber, pisang yang penuh potassium, atau buah berry yang penuh dengan anti-oksida. Kebaikan pada buah-buahan ini adalah berlipat kali ganda.

  1. Minum satu hingga dua liter air setiap hari

Air adalah sumber kehidupan. Badan manusia terbina daripada 60 peratus air. Dehidrasi menyebabkan kemalasan, kelambatan dan ketidakmampuan untuk fokus serta menyebabkan sakit kepala. Badan kita memerlukan air untuk menyebarkan nutrien melalui saluran darah kepada organ tubuh, termasuklah otak.

Itu sahajalah 7 tips tabiat pemakanan yang menjamin kebahagian. Cuba , jangan tak cuba! Moga bermanfaat.

tags: |