Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Berusaha Tak Meminta..”, OKU Gigih Jual Kek Guna Kerusi Roda, Ramai Doakan Jualan Peniaga Laris

“Dia Berusaha Tak Meminta..”, OKU Gigih Jual Kek Guna Kerusi Roda, Ramai Doakan Jualan Peniaga Laris

Kategori:
OKU gigih jual kek

Jalan hidup dan corak kehidupan setiap insan berbeza-beza. Ada yang sudah dilahirkan senang lenang dan ada juga yang sebaliknya.

Apa yang pasti, Tuhan sudah mengatur semuanya sesuai dengan jalan hidup seseorang. Ada hikmah di setiap takdir dan sesuatu kejadian berlaku. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

“Dia Berusaha Tak Meminta..”, OKU Gigih Jual Kek Guna Kerusi Roda, Ramai Doakan Jualan Peniaga Laris

OKU gigih jual kek

Seperti sebuah video yang tular semalam berkenaan seorang peniaga yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjentik hati sesiapa yang menontonnya.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang wanita di laman TikTok itu, kelihatan peniaga OKU terbabit menjaja aneka kek di lokasi Lake Fields dengan hanya menggunakan kerusi roda untuk ke suatu tempat ke tempat yang lain.

Dia mengagumkan ramai apabila menunjukkan usaha keras meraih rezeki untuk mengisi perut dengan penuh semangat walau fizikalnya sedikit terbatas.

OKU gigih jual kek

“Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta.

“Bantu selagi termampu. Abang ni jual kek RM15 sebekas. Beli 3 free 1,” terangnya dalam kisah OKU gigih jual kek menggunakan kerusi roda berkenaan.

Jual Kek RM15 Sebekas, Jumpa Dia Kita Support!

OKU gigih jual kek

Di dalam video itu juga, ditunjukkan ada pelanggan baik hati yang sedang membeli kek yang dijual peniaga OKU terbabit.

@haslina_ark

Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta. #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #mgprihatin #malaysiaprihatin #sayangsemua

♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

@haslina_ark Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta. #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #mgprihatin #malaysiaprihatin #sayangsemua ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip

Meninjau ruangan komen, kegigihan dan semangat yang ditunjukkan telah mendapat perhatian ramai. Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia sememangnya pemurah dan berjiwa besar.

Ramai yang ingin memberi bantuan dan menolongnya melariskan jualan. Tidak kurang juga ramai netizen yang mendoakannya.

“Terima kasih pada amoi dan yang lain kerana sudi membantu. Syukur, amin,” kata netizen bernama Rozita memberi komen kepada video OKU gigih jual kek guna kerusi roda berkenaan.

“Hari tu dekat Bangi Seksyen 7. Area situ sibuk, risau dengan keadaan dia sambil mencari rezeki. Semoga dimurahkan rezeki. Amin,” kata netizen lain dengan nama Zainalenal.

Terima Kasih Kepada Yang Bantu

OKU gigih jual kek

Semoga sesiapa yang terserempak dengan peniaga OKU ini dan mempunyai rezeki lebih menolong dia dengan membeli jualan kek tersebut untuk sama-sama meringankan bebannya.

Terima kasih kerana mengajarkan tentang kesabaran dan kegigihan dalam hidup. Buat peniaga terbabit dan mereka di luar sana, semoga ada sinar untuk kita semua dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Tuhan yang esa.

Sumber: Haslina

Baca juga: Kopi Kenangan Indonesia Sasar 10 Rangkaian Suku Pertama 2023, Jadikan Malaysia Lokasi Pertama Cawangan Di Negara Asia Tenggara

tags: | |