Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini

Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini

Kategori: ,
kuih apam nasi

Apam nasi memang sinonim dengan kuih yang dikenali ramai dalam kalangan masyarakat kita kan? Bila ada lebihan nasi je, mesti ada di kalangan kita yang buat apam nasi ni.

Cara buatnya yang ringkas menyebabkan kuih ini menjadi antara pilihan kuih di Malaysia.

Tapi, walau cara buat kuih apam nasi ni senang, bila dah buat hasilnya kurang menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam kita beli di kedai.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, min nak kongsi semula perkongsian oleh Janna Hanie ni. Dia berkongsi ilmu tentang memastikan apam nasi yang dibuat akan menjadi gebu gebas dengan cara dan tips yang betul.

Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawang tepung beras
  • 1 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan yis (separuh paket yis kering)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar nasi, gula, air sampai halus.
  2. Kemudian campur dengan tepung gandum, tepung beras dan yus. Gaul sebati.
  3. Perap adunan sampai nak sekali ganda. Baru masukkan dalam acuan dan kukus (saya perap 1 jam sahaja).
  4. Jika nak hasil apam yang gebu dan pecah kukus, guna api besar. 

Tips Dapat Apam Yang Cantik:

  • Acuan jangan sapu minyak.
  • Isi adunan penuh acuan.
  • Kukus 10 minit (acuan kecil), kalau acuan besar (kukus lebih sikit masa dalam 15-20 minit).

kuih apam nasi kuih apam nasi kuih apam nasi

Haaa siap sudah kuih apam nasi kita. Sebelum ini buat aoam jadi bantat atau bila buka penutup apam jadi kecut kan? Tapi, korang dah ada resepi dan tips ini, boleh cuba dan rujuk petua ini pula.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan menikmati semuanya!

Sumber: Janna Hanie

Baca juga: Resepi Ringkas Cucur Udang Maggi, Rasa Sedap Makan Sampai Tak Henti!

tags: | |