Dalam dunia perniagaan, pelbagai dugaan perlu dihadapi hari demi hari. Ia adalah satu pekerjaan yang bukan mudah kerana perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang cekal untuk meneruskan kelangsungan operasi.
Faktor yang paling diambil kira dalam berniaga adalah faktor jualan. Jika peniaga berhadapan dengan situasi tidak menerima sambutan dari pelanggan, ia adalah isu yang besar kerana melingkupi kepada untung-rugi sesuatu perniagaan.
Melihat kepada aspek perniagaan peniaga-peniaga kecil, dengan adanya masyarakat yang saling empati dan tolong-menolong, mereka boleh bertahan untuk kelangsungan hidup, setidaknya.
Seperti kisah peniaga kedai makan yan tular baru-baru ini, niat Tun Saliza Mat Shum berkongsi gambarnya berdiri di tengah kedai makan tanpa pelanggan dalam kumpulan Edit Apa Hari Ini dekat Facebook (FB) baru-baru ini sekadar untuk suka-suka saja.
Bagaimanapun, lain jadinya apabila perkongsian kedai tiada sambutan daripada ibu empat anak itu tular hingga meruntun hati netizen malah ramai sebak mengenangkan nasibnya.
Ia kerana Tun Saliza turut berkongsi hasil pendapatannya yang tidak banyak sejak kebelakangan ini.
Berkongsi kisah sebenar, Tun Saliza berkata, gambar berkenaan dimuat naik pada petang Jumaat lalu ketika berada di kedai makannya yang terletak di sebuah medan selera dekat Bandar Seri Jempol, di sini.
“Boleh tak editkan gambar kedai saya ni biar jadi macam ramai pelanggan. Teringin nak ramai pelanggan macam kedai-kedai makan lain viral tu walaupun hanya dalam angan-angan.
“Mudah-mudahan dengan angan-angan ia menjadi kenyataan. Hampir putus asa tapi tetap teruskan kerana ini saja lah kemahiran yang ada untuk teruskan hidup.
“Pernah satu hari dari pagi sampai petang RM47 sahaja yang dapat. Tetapi bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami,” tulisnya pada hantaran kedai tiada sambutan di laman Facebook Edit Apa Hari Ini.
Ekoran itu, Malaysia yang terdiri dengan masyarakat yang bersifat prihatin banyak yang mendoakan perniagaan Suliza laris.
Antaranya adalah pada 6 November, sekumpulan penunggang motosikal pergi berkunjung ke gerai Saliza dan suaminya untuk “gulai kawah” mereka. Walaupun kumpulan itu tidak boleh dikatakan besar, kehadiran 20 atau lebih penunggang motosikal itu amat dihargai.
Jadi jika anda pernah berada di Jempol dan ingin menyokong pasangan ini, anda boleh pergi ke gerai mereka.
Nama: Mehwan Gulai Kawah
Alamat: Medan Selera Felda Jaya Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Nombor Whatsapp: 012-9928734
Tahniah buat masyakarat Malaysia yang sudah prihatin terhadap keadaan sekeliling. Mari saling membantu benda yang baik. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Sumber: Saliza Ita
Baca juga: Lain Macam Bekal Makanan Orang Baru Kahwin, Suami Terkejut Isteri Sediakan Bento Macam Ni…