Jika bercakap tentang baja, banyak jenis baja yang dijual di kedai kan? Ada yang organik dan sebaliknya. Tapi tahukah anda bahawa baja organik guna sayur kangkung sememangnya senang untuk disediakan selain kualitnya yang sihat menjadikan sayur subur.
Jadi, jom rujuk cara untuk buat baja organik guna kangkung yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini.
Ini Rahsia Buat Baja Organik Guna Kangkung Saja, Anak Pokok Buah & Sayur Jadi Subur & Sihat!
Bahan-Bahan Wajib Ada:
- kangkung 1KG (lebih kurang)
- gula merah 1KG (lebih kurang)
- ada dua bahan di atas sudah memadai, tetapi saya tambah nasi basi yang diperam 2-4 hari & juga air basuhan beras.
Cara Penyediaan:
- Potong kecil kangkung kemudian masukkan dalam bekas atau balang. Nak guna apa pun boleh asalkan boleh ditutup rapat.
- Susun selapis-selapis kangkung & gula merah, boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah baru masukkan dalam bekas.
- Akhirnya sekali letak di tempat terlindung dari cahaya matahari direct. Letak tempat gelap pun boleh.
- Selepas 2 minggu dah boleh guna, nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.
Cara Penggunaan:
- Cara guna MOL ini boleh dengan disiram ke media/tanah juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.
Untuk Siraman:
- Bancuh 50ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok kecil
- Atau bancuh 100ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit.
- Untuk semburan (foliar), bancuh 5-10 ml pati MOL dengan 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.
Semoga perkongsian buat baja organik guna kangkung ini bermanfaat buat yang memerlukan! Selamat mencuba!
Sumber: Pyan Sempony
Baca juga: Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini