Kesedapan burger tepi jalan memang tiada tandingan. Dengan harga yang berbaloi dan keenakan rasa yang tersendiri menjadikan burger tepi jalan ini hidangan pilihan ramai. Bukan sahaja harga yang murah dan rasa yang best, tapi ia memang mengenyangkan!
Bagi yang suka makan burger tepi jalan ni, baru-baru ini tular tiga orang gadis kembar tiga (triplet) yang menarik perhatian ramai apabila mereka selalu membuat live menjual dan memasak burger bersama.
Skill dan cara memasak burger yang dipamerkan mereka sangat menarik perhatian apabila seorang menggoreng daging, seorang lagi meletakkan sos dan yang seorang lagi membungkus burger berkenaan.
Masing-masing punya kerja yang tersendiri untuk melancarkan operasi perniagaan burger jalanan mereka. Dan, yang lebih menariknya, setiap kali mereka menjual burger, baju dan tudung mereka selalu sama dari segi corak, jenis dan warna.
Keseragaman gadis triplet berkenaan membuatkan sesiapa sahaja melihat live mereka terpukau dan ralit dengan ketangkasan mereka menyediakan burger pelanggan.
Lokasi warung burger berkenaan terletak di Taman Sri Jaya Batu Pahat, Johor. Warung mereka dinamakan Sofia Burger itu memulakan operasi perniagaan bermula jam 6 petang hingga 11 malam pada setiap hari kecuali Ahad.
Sambil itu, mereka akan live di TikTok dari jam 8.14 malam hingga 9.42 malam untuk tontonan orang ramai dan jika-jika ada pelanggan yang ingin memesan burger melalui live tersebut.
Pelbagai sajian dan hidangan yang disediakan mereka. Antaranya ialah edisi burger benjo, daging, ayam) oblong, burger kambing, pattaya dan pilihan extra (sayur, sos cili, sos blackpepper, mayonis dan cheese).
@3riplet_hisham SUPPORTLAH kami ya 🙏🏻 Kami meniaga di SATU TEMPAT sahaja 🥰 #fyp #kembar #xyzbca #kembartiga #burger #triplets #burgertepijalan ♬ DARARI – ︎ ondu
Usaha keras yang dilakukan tiga gadis itu membuahkan hasil apabila perniagaan mereka mendapat tempat dan nama di hati pelanggan kerana keunikan yang ditonjolkan mereka.
@sbst14n Layan kan member teruja nak makan burger air tangan kembar 3 ni #fyp
♬ DJ Jadikan Hanya Ku Satu Satunya – Asmalibrasi – DJ Asia RMX
@dinerog6_ Layan kan member teruja nak makan burger air tangan kembar 3 ni #fyp ♬ DJ Jadikan Hanya Ku Satu Satunya – Asmalibrasi – DJ Asia RMX
Meninjau komen netizen dan juga pelanggan yang pernah membeli di warung burger mereka, ramai yang menyatakan burger yang dijual sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
“Murah betul burger di sini. RM3 untuk sebiji burger dan sedap,” kata nteizen bernama Raza memberi komen burger air tangan kembar 3 berkenaan.
“Semoga kamu dilimpah rezeki yang berpanjangan serta pembeli dan pelanggan kami berlimpah ruah. Amin Allahumma Amin,” doa seorang netizen lain dengan nama Alisya Daniel.
Semoga perniagaan burger air tangan kembar 3 ini dilancarkan rezekinya kerana usaha mereka. Yang berdekatan bolehlah datang support ya untuk cuba burger mereka.
Sumber: Sofia Burger