Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Raih Sekitar RM10,000 Sebulan Dengan Jual Kudapan Berasaskan Halia, Wanita Ini Kagumkan & Buka Mata Orang Ramai

Raih Sekitar RM10,000 Sebulan Dengan Jual Kudapan Berasaskan Halia, Wanita Ini Kagumkan & Buka Mata Orang Ramai

Kategori:
kudapan berasaskan halia

Kejayaan tak datang bergolek. Di zaman yang penuh dengan kompentisi ini, kita harus mencari jalan yang lain dari yang lain untuk terus ke hadapan.

Tetapi apa yang lebih penting, lakukan sesuatu dengan bersungguh-seunguh dan percaya pada rezeki yang telah ditetapkan Tuhan. Ini kerana, Tuhan tidak akan mensia-siakan titik peluh hambanya Nya yang berusaha.

Raih Sekitar RM10,000 Sebulan Dengan Jual Kudapan Berasaskan Halia, Wanita Ini Kagumkan & Buka Mata Orang Ramai

Seperti berita yang dilaporkan portal berita Kosmo, peniaga mampu meraih untung sehingga RM10,000 sebulan kerana ideanya yang lain dari lain dengan menjual kudapan berasakan halia.

Ilham mencipta kelainan dalam masakan serunding telah berjaya mengubah nasib seorang wanita apabila formulanya mencampurkan halia dalam resipi makanan mendatangkan hasil yang lumayan serta diterima pelanggan.

Berkongsi kisahnya, Nurzaihan Mohd. Mokhtar berkata, idea menghasilkan masakan tersebut bermula selepas dia melakukan kajian di Sabah dan Sarawak tentang kebaikan serunding halia.

“Menerusi kajian dilakukan, serunding halia sudah popular di Sabah dan Sarawak tetapi masih lagi jarang ditemui di Semenanjung. Dari situ saya mendapat idea untuk menghasilkan serunding halia.

“Pada mulanya saya hanya mempromosikan serunding halia kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

“Maklum balasnya positif dan membuatkan saya teruja serta lebih bersemangat untuk menghasilkan produk ini.

“Bagi memastikan kualiti terjaga dan terus diterima pelanggan, saya sentiasa cuba memperbaiki produk menerusi maklum balas daripada pelanggan.

“Contohnya dahulu serunding yang dihasilkan bertekstur kasar dan susah untuk dimakan, kini serunding saya lebih halus mengikut kehendak pelanggan,” katanya kepada Kosmo! tentang kudapan berasaskan halia berkenaan.

Lakukan Kajian Di Sabah Sarawak Tentang Kebaikan Serunding Halia, Pasarkan Di Semenanjung

Beliau yang berkecimpung dalam bidang katering sebelum ini berkata, serunding halia juga memiliki keistimewaannya tersendiri. Ini kerana bukan sahaja sesuai untuk wanita berpantang, malah boleh juga dinikmati oleh semua peringkat umur.

Jelasnya, selain serunding halia, beliau menerusi syarikatnya, iaitu Halier & Co turut menghasilkan produk kudapan tradisional lain yang boleh dimakan terus ataupun sebagai hiasan dan penambah rasa dalam hidangan.

“Serunding halia ini amat sesuai untuk wanita berpantang kerana boleh memanaskan badan, membuang angin berlebihan, membantu membuang toksin dan membantu menurunkan berat badan.

“Malahan kesemua pilihan kudapan tradisional keluaran Halier & Co iaitu Serunding Halia, Bawang Putih Rangup, Peria Rangup dan Pegaga Rangup sungguh enak dimakan bersama nasi putih dan bubur nasi,” ujar Nurzaihan tentang kudapan berasaskan halia.

Bagus Untuk Orang Berpantang & Semua Peringkat Umur

kudapan berasaskan halia

Pemilik perniagaan yang bertapak di Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang itu menambah, selain suami, dia memiliki dua orang pembantu.

Mereka dapat menghasilkan kira-kira 100 kilogram (kg) serunding halia, 30kg peria, 30kg pegaga dan 30kg bawang putih sehari.

Mengulas lanjut, Nurzaihan menerangkan, perusahaan kudapan tradisional itu kini mampu menghasilkan jualan purata antara 400 dan 500 pek bungkusan sebulan hasil penglibatannya sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tiga tahun lalu.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada AIM kerana bimbingan, tunjuk ajar dan modal pusingan yang telah diberikan membolehkan saya menjalankan perniagaan Halier &Co.

“Pinjaman kali pertama yang saya buat adalah sebanyak RM3,000. Modal yang diperolehi itu saya gunakan sepenuhnya untuk membeli kelengkapan dan mesin yang membantu mempercepatkan proses pengeluaran produk seperti mesin mengupas kulit halia,” jelasnya tentang kisah perniagaan kudapan berasaskan halia itu.

Purata Jualan Antara 400 & 500 Pek Bungkusan Sebulan

Ujar ibu kepada empat cahaya mata ini, sehingga kini dia telah membuat pinjaman modal sebanyak lima kali.

Ia dengan jumlah keseluruhan RM14,000 untuk dijadikan modal pusingan dan pembungkusan serta pembelian bahan-bahan mentah.

Kata beliau, setiap pek produk Halier & Co dijual pada harga RM20 dan boleh dibeli menerusi laman Facebook dan Instagram Halier & Co selain di Shopee Shop Halier & Co.

Kudapan Berasakan Halia Dijual Pada Harga RM20 Setiap Pek

kudapan berasaskan halia

Untuk maklumat lanjut untuk menjadi ejen atau dropship, boleh hubungi terus Nurzaihan di talian 012-369 7032.

Sumber: Kosmo

Baca juga: Peniaga Luah Rasa Kesal Kena Scam Duit Oleh Pelanggan, Tak Sangka Dia Guna Cara Sama Untuk Tipu Kedai Lain

tags: | |