Keberkahan dalam hidup biasanya diberi melalui sikap dan pertolongan kepada orang lain walau sekecil-kecil hal. Ada kalanya, rezeki yang kita dapat adalah asbab daripada kita menolong orang lain dengan ikhlas. Maka, Tuhan membalasnya dengan rezeki lain berlipat kali ganda.
Seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga popia yang membuka gerai jualannya di Sungai Petani Kedah, tindakan yang diceritakan melalui videonya di TikTok mendapat perhatian ramai. Ini kerana, sifat peniaga yang mempunyai empati kepada peniaga lain dijadikan contoh oleh orang ramai.
Dengan adanya peniaga sebegini, semua dapat hidup dalam saling bantu-membantu demi kelangsungan hidup mencari rezeki. Menurut video tersebut, dia menceritakan bagaimana keadaan peniaga yang berniaga di sebelahnya tidak mendapat sambutan ramai dan meminta pelanggannya untuk turut sama membantu peniaga nasi tomato terbabit.
Apa yang lebih menyentuh hati, dia juga menyuruh pelanggannya untuk berbagi rezeki dengan peniaga di sebelahnya terlebih dahulu, sebelum membeli jualannya jika pelanggan itu mahu.
“Warga Sungai Petani. saya nak minta tolong boleh? Saya tak boleh tahan tengok. Abang sebelah saya ni baru niaga. Nak sara anak bini. 2-3 hari dia niaga Allahu. Takda orang langsung. Jadi saya minta hampa mana baik hati singgah support dia boleh?
“Yang selalu beli popis kami. Saya nak cakap terima kasih. Jika esok kalian ada duit, beli dulu makanan abang sebelah ya. InsyaAllah nanti baru singgah beli popis saya balik ya. Kita tolong abang ni untuk semangat dia naik semula,” katanya dalam hantaran yang membuatkan ramai kagum dengan tindakan peniaga ini.
@bropit_ #popisBropit #MakananViral #SungaiPetani #Bropit #popis #sungaipetanikedah🔰 #TerimaKasih #fypdongggggggg ❤️
@apitzaidi_ #popisBropit #MakananViral #SungaiPetani #Bropit #popis #sungaipetanikedah🔰 #TerimaKasih #fypdongggggggg ♬ original sound – Cha_Cinhay😍 – Adzkia Shopping
Dia yang berniaga di kedai yuang dinamakan Bropit Dessert Viral Sungai Petani turut menambah, dia juga mengingatkan semua untuk jangan mudah putus asa dan berniaga sambil menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Seperti kata-kata yang selalu kita dengari, ‘dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’.
Jadi dalam berniaga, janganlah memendam sifat dengki dan merasakan rezeki kita terbatas kerana orang lain turut berniaga. Kita sama-sama hidup dan sama-sama mencari rezeki. Apa yang pasti, percaya kepada Tuhan bahawa rezeki sudah disusun dengan sebaiknya jika kita terus berusaha dan berbuat baik sentiasa.
“Semalam abang sebelah saya ni tak berniaga tau. Sanggup dia mari kedai kami macam luah yang dia terlalu down sampai nak stop niaga. Padahal sebulan dah niaga. Saya tak henti-henti bagitahu dia ‘percaya Tuhan dan insyaAllah semua akan baik-baik’,” katanya lagi dalam hantaran berbeza yang membuatkan ramai kagum dengan tindakan peniaga ini.
@bropit_ Replying to @khaizuran Salam Selamat Pagi ❤️ #SungaiPetani #fypdongggggggg #popisBropit #MakananViral #sungaipetanikedah🔰 #popis #Bropit #OrangMalaysiaMemangBaik
@apitzaidi_ Replying to @khaizuran Salam Selamat Pagi ❤️ #SungaiPetani #fypdongggggggg #popisBropit #MakananViral #sungaipetanikedah🔰 #popis #Bropit #OrangMalaysiaMemangBaik ♬ original sound – Bell Caroline
Meninjau ruangan komen, orang ramai terinspirasi dengan sikap peniaga popia yang tidak lokek membantu peniaga nasi tomato di sebelahnya. Mereka turut mendoakan agar kedua-dua peniaga terbabit dimurahkan rezeki dengan selayaknya.
“Bagusnya, macam ni lah peniaga sesama peniaga. Semoga lebih barakah,” kata netizen bernama Mima memberi komen tentang hantaran yang membuatkan ramai kagum dengan tindakan peniaga ini.
Semoga kisah ini dijadikan contoh tauladan kepada mereka yang diluar sana. Dalam berniaga, berbagilah rezeki, maka Tuhan akan memberikan rezeki lain kepada kita dengan cara yang tak disangka. Semoga semua peniaga di luar sana sentiasa tabah dan maju ke hadapan bersama.
Sumber: Apitzaidi