Malaysia menyaksikan peningkatan tahun ke tahun bagi penggemar kopi. Ini boleh dilihat dengan betapa banyaknya kedai kopi yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan tidak kira kedai kopi berbentuk kafe, kedai kopi jalanan ataupun kedai kopi dari rumah.
Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai tidak kira usia. Dari muda hingga ke golongan tua. Jadi, jika korang ada merancang untuk memulakan perniagaan kopi, bolehikah ikut tips mudah niaga kopi daripada seorang peniaga kopi, Boss Kopi yang berkongsi cara tersebut di laman TikToknya.
Apa-apa perniagaan kalau kita nak start, kita kena ada modal. Kalau modal tu macam sedikit, dan mahu start awal-awal ni, korang boleh start dan gunakan Moka Pot. Okaylah, paling best lah. Semua orang pun boleh start dengan menggunakan Moka Pot.
Bila korang nak meniaga, korang kena fikir tapak/lokasi. Korang nak buka dekat mana? Dekat rumah ke, korang nak buka kiosk dekat tepi jalan ke ataupun korang nak buka kafe terus. Kalau korang ada modal banyak, terus buka kafe. Bergantung kepada modal dan perancangan.
Bila dah ada modal, korang dah tahu korang nak bukat dekat mana. Yang ketiga ni korang kena tahu, korang punya konsep, korang punya logo, korang punya design. Nak buat colourful ke, nak buat gambar ikut kreativiti korang. Logo dan design adalah paling penting untuk kita nak attract orang untuk rasa kopi kita.
Yang keempat ini, kalau korang dah ada modal, dah ada tapak, dah ada design semua, dah okay lah. Tinggal nak buka je, korang wajib ambil injection typhoid. Itu paling penting kalau kita nak buat business makan dan minuman.
Kalau kita buat injection typhoid, ia memudahkan korang untuk apply lesen. So korang kalau nak buka kiosk dekat luar atau buka kafe ke korang kena apply lesen.
Yang terakhir sekali, bila korang ada lesen semua, korang kena spend untuk marketing pula. Marketing ni sangat penting untuk orang kenal korang punya kopi. Ambil tempoh seminggu ke, sebulan ke sebelum korang nak start buka kedai kopi korang tu, korang buat lah teaser dulu.
Contohnya cakap pasal konsep kopi yang korang jual, lokasi, tarikh buka. Lepastu nanti dah buka boleh upah influencer, itu semua kena ada modal juga. Kalau korang malas nak fikir,
Akhir sekali, kalau korang betul-betul nak buka kedai kopi, korang boleh buka francais. Korang cari lah kedai kopi yang best kan. Ini bergantung kepada modal, target, dan keperluan korang.
@boss.reen Replying to @lattepanas Dah ready belum nak buka kedai kopi? Hehe #thebossreen #makanlokal #tips
♬ Lo fi hip hop 💛 (Podcast, Vlog, Advertising, Food, Travel) – Flashinmusic
@boss.reen Replying to @lattepanas Dah ready belum nak buka kedai kopi? Hehe #thebossreen #makanlokal #tips ♬ Lo fi hip hop 💛 (Podcast, Vlog, Advertising, Food, Travel) – Flashinmusic
Begitulah sedikit sebanyak tips mudah niaga kopi untuk pemula yang ingin terjun ke dalam bidang dan industri penjualan kopi. Semoga bermanfaat!
Sumber: boss.reen