Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Cari Duit Kahwin Ke?”, Pasangan Rider Foodpanda Keluar Bersama Cari Rezeki, Terkejut Disapa Soalan Macam Ni. Ini Ceritanya..

“Cari Duit Kahwin Ke?”, Pasangan Rider Foodpanda Keluar Bersama Cari Rezeki, Terkejut Disapa Soalan Macam Ni. Ini Ceritanya..

Kategori:
pasangan rider Foodpanda

“Keluar pagi balik petang, ada kala sampai malam, cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang..”

Itulah lirik lagu dari penyanyi otai terkenal, Ramli Sarip yang menggambarkan kegigihan mencari rezeki dalam menyara orang yang tersayang dan juga diri sendiri. Misalnya, ibu bapa yang bekerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anak di rumah.

“Cari Duit Kahwin Ke?”, Pasangan Rider Foodpanda Keluar Bersama Cari Rezeki, Terkejut Disapa Soalan Macam Ni. Ini Ceritanya..

pasangan rider Foodpanda

Seperti video yang tular di laman TikTok, satu pasangan keluar mencari rezeki dan bekerja sebagai rider Foodpanda menarik perhatian ramai. Ini selepas pemilik video menegur mereka dari arah belakang dan bertanya kepada mereka tentang sesuatu.

“Cari duit kahwin ke? Dah kahwin ke…?”, soal pemilik video tersebut kepada pasangan rider Foodpanda berkenaan.

Setelah itu, pasangan tersebut menoleh dan berkata bahawa mereka sudah menikah sambil menunjukkan gambar bayi mereka melalui telefon bimbitnya.

“Dah kahwin…”, kata salah seorang pasangan rider Foodpanda berkenaan dengan ditelusuri gelak ketawa.

Setelah itu, mereka sama-sama bersorak meraikan kecomelan dan kemanisan yang ditunjukkan pasangan rider Foodpanda berkenaan. Pasangan tersebut seakan memberi mereka semangat untuk terus berusaha dalam apa jua sekalipun dan bersama-sama dengan pasangan bukan setakat dalam waktu senang, tetapi juga dalam waktu susah.

“Semoga bahagia sampai jannah..”, tulis pemilik video itu juga.

Tunjuk Gambar Bayi, Semoga Bahagia Sampai Syurga

pasangan rider Foodpanda

@dshellout Semoga bahagia sampai jannah #fypシ #fyp ♬ original sound – dshellout – D’shellout

Meninjau ruangan komen, ramai yang turut tersentuh dengan kemanisan pasangan rider Foodpanda berkenaan dan turut mendoakan mereka. Ada juga yang memuji kesetiaan hubungan pasangan terbabit apabila mereka dilihat bersusah senang dalam situasi sama, bukan meninggalkan.

“Susah lah nak cari pasangan yang nak susah senang. Untung bro tu, aku doakan bro tu bahagia sekeluarga. Asal aku nak nangis ni.. happy tengok dorang,” kata seorang netizen dengan nama Naim memberi komen tentang video pasangan rider Foodpanda berkenaan.

“Bertuahnya nak… Mak ayah dia kerjasama cari rezeki untuk anak. Syukur, Alhamdulillah. Semoga murah rezeki awak,” ujar netizen lain bernama Aishah Adnan.

“Mak Ayah Cari Rezeki Untuk Anak, Bertuahnya Anak..”

pasangan rider Foodpanda

Semoga pasangan di luar sana yang sedang mencari rezeki dipermudahkan urusan. Hidup perlu diteruskan, rezeki perlu diraih. Dan jika kita berusaha, pasti Tuhan tidak menghampakan hambanya, kan?

Sumber: D’shellout

Baca juga: “Pagi Ke Sekolah, Petang Tolong Saya Jual Nasi..”, Ibu Menangis Anak Dapat Keputusan Cemerlang Masa Di Sekolah, Walau Tahu Dia Bergelut

tags: | |