Dalam berniaga, untung rugi setiap jualan sememangnya akan terjadi dan berlaku. Ada kalanya ia tidak diduga kerana meleset daripada perancangan awal dan target. Lebih-lebih lagi, peniaga akan mempunyai target jika masuk ke mana-mana jualan pesta makanan kerana ingin merancang untuk menampung kos lain.
Seperti yang terjadi kepada peniaga keria yang menyertai sebuah event untuk menaikkan hasil jualannya, hal itu berlawanan dengan apa yang dirancang. Menyangka bahawa ramai pengunjung yang datang, tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Akibat tiada ramai pelanggan, dia telah mengalami kerugian dan terpaksa membuang baki kuih keria jualannya demi menjaga kualiti makanan.
“Buat 35 kg, tak habis 30 kg. Terpaksa buang untuk menjaga kualiti. Masuk hari 2 buang,” ceritanya menerusi video peniaga terpaksa buang barang jualan demi jaga kualiti berkennaan.
Tambahnya lagi, ada beberapa faktor yanng menyumbang kepada jualannya yang tidak mendapat sambutan apabila menyertai event berkenaan.
“(Jualan tak laku) kerana akibat lambakan event lain dan juga cuaca tidak menentu. Dari siang tak gerak-gerak pun kuih. InsyaAllah rezeki Allah luas. Pasti ada pelangi selepas hujan. Pengalaman yang sangat berharga.
“Ini paling sedikit saya bawa untuk event. Selalunya 60 kg ke atas sebab sewa tapak mahal,” kata pemilik video berkenaan.
Dan seperti sedia maklum, negara kita sekarang sedang berhadapan dengan monsun dan pertukaran cuaca yang tidak disangka. Ia memberi kesan kepada peniaga kecil lebih-lebih lagi peniaga jalanan dari segi jumlah pelanggan.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut bersimpati dan memberi nasihat untuk peniaga menyedekahkan kuih keria yang tidak terjual itu kepada yang lebih memerlukan untuk mengelak pembaziran.
“Kalau boleh, kasi orang kasi niat sedekah, InsyaAllah rezeki akan datang,” tulis seorang netizen memberi komen kepada kisah peniaga terpaksa buang barang jualan demi jaga kualiti itu.
“Lepas ni boleh sedekah dekat masjid kalau ada balance,” kata netizen lain bernama Acap.
“InsyaAllah, Allah SWT sentiasa permudahkan urusan kita semua. Keep strong ya, saya pun oeniaga, faham sangat,” komen netizen dengan nama Fadly memberi semangat kepada peniaga terpaksa buang barang jualan tersebut.
Mengakhiri kisah ini, mungkin peniaga ingin juga bersedekah tetapi atas faktor keselamatan dan kebersihan makanan, dia terpaksa membuangnya.
“Baik-baik, terima kasih. Kalau kerja saya masih elok dan cantik. Saya akan serahkan kepada masjid dan rumah anak yatim,” ujar peniaga tersebut itu lagi.
Jom support peniaga ini! Semoga peniaga yang di luar sana juga bertahan dalam mencari rezeki. Rezeki Tuhan pasti tidak salah alamat.
Sumber: Keria Lovers JB