Biasanya, jika kita berkunjung ke kedai makan ataupun restoran, pasti ada masanya kita tidak dapat menghabiskan makanan yang dipesan. Mungkin kerana faktor kenyang ataupun masa yang singkat kerana ada urusan lain yang perlu disambung.
Dengan itu, perasaan bersalah kerana telah melakukan pembaziran muncul. Jadi, nak tak nak, baki makanan itu haruslah dibungkus untuk mengelakkan amalan pembaziran daripada berlaku.
Bercakap mengenai hal ini, sebuah video telah tular di laman TikTok apabila menunjukkan seorang wanita juga pelanggan mengambil keputusan untuk membungkus baki makanan dengan caranya sendiri.
Katanya, sebagai seorang yang pemalu untuk minta plastik, dia sudah membuat persiapan awal dengan menyediakan plastik daripada rumah. Senang dan jimat.
“Siapa sama macam saya? Dalam kereta mesti standby plastik and tupperware. Biasa kalau kuaah tomyam atau sup tak habis mesti bungkus. Nak minta plastik malu, nasib bawa sendiri.
“Senang apa tau? Kalau aku malas nak masak, nanti aku panaskan kuahnya lepastu letak ayam je,” tulis pemilik video dalam kisah pelanggan bungkus baki makanan tersebut.
@syahirasaleh siapa sama mcm saya?? #fyp
@syahirasaleh siapa sama mcm saya?? #fyp ♬ Hanya Aku Yang Mencintaimu Guitar – Muaji N.A
Melihat ruangan komen netizen, ada yang memberi komen bahawa mereka juga membuat perkara yang sama. Dan, ada juga yang menyatakan mereka hanya minta terus kepada peniaga makanan untuk membungkus baki makanan yang tidak habis.
“Saya pun. Walau sedikit mesti nak bungkus. Sayang tak habis. Bukan senang cari duit weh,” komen netizen bernama Asiah memberi komen terhadap video pelanggan bungkus baki makanan di kedai makan itu.
“Betul sis, saya minta je plastik. Air pun saya tapau sebab anak minum aair sikiit je,” kata netizen lain dengan nama Norliza.
“Tak membazir. Dulu saya malu, sekarang tak habis mesti bungkus,” ujar Norainie88.
Melihat kepada hal ini, untuk kedai makan lain, jika tidak keberatan bolehlah tiru cara kedai makan Garden Western Grill yang menyediakan khidmat layan diri untuk bungkus makanan yang tidak habis. Dan pelanggan pun jangan segan untuk minta bungkus okay daripada melalukan pembaziran.
Semoga kita semua tidak membazir dalam berbelanja okay! Mari berjimat-cermat semuanya.
Sumber: Syahirasaleh