Tahukah anda kaedah haba matahari atau haba kering digunakan untuk mengeringkan buah anggur untuk menghasilkan kismis. Kismis kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi.
Secara khususnya, kismis sebenarnya mempunyau serat dan vitamin yang lebih tinggi berbanding daripada buah anggur biasa. Rasa kismis mungkin sedikit manis daripada anggur biasa namun tak rugi untuk cuba kerana ia mempunyai manfaat yang tinggi.
Antara nutrisi dan vitamin yang terkandung di dalam kismis ialah:
Untuk memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar, anda boleh mencuba untuk mengamalkan pemakanan kismis ini kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Satu cawan kismis mengandungi lebih kurang 10g serat yang boleh membantu tubuh badan anda daripada bahan-bahan toksik yang berbahaya. Ia membuatkan badan anda secara semulajadi membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air.
Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat lain seperti:
Manfaat kismis yang menarik ialah ia baik untuk kecerdasan minda dan kesihatan badan. Kismis secara amnya mengandungi kandungan mineral surih yang dikenali sebagai boron. Boron merupakan sejenis mineral yang penting untuk fungsi otak yang cerdas dan baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu meningkatkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Kismis juga boleh dijadikan snek ringan yang baik untuk badan anda kerana mempunyai serat yang tinggi dan kalori yang rendah. Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.
Kismis sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda gemarkan snek yang berkhasiat, cuba tukar menu anda dari makanan ringan seperti coklat dan dan gula-gula kepada kismis. Kismis bukan sahaja sedap malah mengenyangkan dan berkhasiat.