Seperti sedia maklum, servis penghantaran makanan secara atas talian menjadi antara pilihan kegemaran orang ramai kerana ia memudahkan urusan dan kerja. Pelanggan memesannya melalui aplikasi dan peniaga menyiapkan pesanan berkenaan lalu dihantar oleh rider dengan selamatnya. Tetapi, ada juga yang berlaku sebaliknya.
Seperti sebuah kisah yang tular di laman TikTok, seorang peniaga meluahkan rasa kekesalan dan kekecewaan apabila terjadi satu isu yang tidak disangka. Katanya, seorang rider telah datang memarahinya kerana bungkusan makanan yang disiapkan tidak kemas mengakibatkan makanan itu tumpah.
Tetapi katanya, dia telah membungkusnya elok-elok dan hal itu boleh diperjelaskan dengan baik, bukan datang lalu memarahi peniaga yang seakan terpinga dengan kelakuan itu.
“Hari ini ada tragedi sikitlah. Tiba-tiba ada seorang rider tu, selepas dia pergi hantar, kita ingat dah okay dah, dia datang balik, dia campak makanan tu padahal kita dah buat elok dah bagii dekat dia.
“Bila kita tengok balik dalam bungkusan tu, memang tumpah lah. Dekat situ salah siapa sebenarnya? Salah kita yang buat makanan tu ke atau salah yang rider tu yang bawa makanan?”, soalnya dalam kisah kesal rider datang marah berkenaan.
Tambahnya, dia tidak kisah untuk membuat makanan yang tumpah itu semula, tetapi rider berkenaan hendaklah datang dengan beradab, bukan dengan emosi yang marah-marah.
“Datang balik dengan kitalah. Kita pun tak kisahlah kan yang penting makanan sampai dekat customer tu dalam keadaan baik. Boleh buat balik, tak kisah. Tapi cara tegur kita tu.
“Bukannya kita kedekut sangat taknak bagi. Bukan kita miinta duit dia untuk ganti, tapi cakap je elok-elok, buat balik. Kita buat balik, takda hal la. Masalahnya adab tu dekat mana.
“Saya anggap dia emosi tak terkawallah kot masa tu. Tak apa lah, dia ada masalah peribadi ke, masalah dekat tempat lain ke. Mungkin dia luah dekat sini, tak apa lah kita terima,” luahnya lagi menutupi kisah kesal rider datang marah berkenaan.
@faizul.azli Tak kisahlah sape salah.. cara tu kena betul kan.. #faizulazli #mrtakokajangutama #takoyaki
@faizul.azli Tak kisahlah sape salah.. cara tu kena betul kan.. #faizulazli #mrtakokajangutama #takoyaki ♬ bunyi asal – Nyap tahuk
Melihat komen netizen, ramai yang kagum dengan sifat peniaga yang sabar dan pandai mengawal keadaan. Bukan hanya ikut emosi akibat dimarahi dengan alasan yang tidak jelas. Dan, ada juga yang mengingatkan bahawa cara pembungkusan hendaklah menepati syarat bungkus untuk penghantaran makanan atas talian.
“Point sekarang ni, hormat orang lain. Cakap elok-elok, jangan kurang ajar. Tak perlu tunding jari dekat sesiapa pun,” kata netizen dengan nama Fitri memberi respon terhadap kes rider datang marah berkenaan.
Cerita mengenai pembungkusan makanan ini, ia bergantung kepada semua pihak. Cara bungkus makanan oleh peniaga, cara pembawaan rider dan juga budi baik pelanggan.
Kalau min, asalkan makanan tu okay dah sampai ke tangan min, min okay sahaja sebab faham keadaan semua pihak. Ia bergantung kepada situasi dan makanan itu sendiri juga. Semoga semuanya dipermudahkan.
Dan kepada yang nak support peniaga ini, gerai Mr Tako ini terletak di Kajang Utama dengan waktu operasi jam 12 tengah hari hingga 7 malam pada hari isnin hingga sabtu.
Sumber: Faizul Azli