Dalam berniaga, jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan melayani pelanggan dengan baik, Tuhan pasti akan memberi rezeki lebih yang tak disangka. Di setiap kebaikan yang kita lakukan, terselit pelbagai rahmat rezeki yang melimpah. Lagi-lagi hal yang melibatkan rezeki seperti makanan.
Seperti video yang tular semalam, peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1 dikenali dengan sifat baiknya melayan pelanggan. Dia juga menjual jualan nasi lemak RM1 kerana ingin berniaga di samping membantu orang ramai untuk dapat merasai makan nasi lemak sedap dengan harga bepatutan.
Apabila ditanya mengenai harga nasi lemak RM1 yang cukup murah, dia berkata dia tidak menaikkan harga nasi lemak kepada harga yang lebih tinggi kerana tidak ingin menyusahkan pelanggan dengan harga baru disamping ingin bersama-sama membantu masyarakat.
Oleh sebab itu, pelanggan juga amat baik dengannya sebagai balasan yang dia turut peramah dengan pelanggan. Ketika merekod video seperti biasa, kelihatan pelanggan memberikan duit lebih kepadanya dan menyelit duit itu ke dalam bakul nasi lemak.
Dia yang melihat perkara itu ingin menghulurkan balik duit kepada pelanggan pertama berkenaan, tetapi tidak berjaya kerana pelanggan cepat-cepat pergi.
“Jangan macam tu abang. Tolong lah abang. First customer dah kena,” tulisnya ringkas di video terbabit yang meceritakan tentang kisah kebaikan pelanggan peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1.
Tidak terhenti setakat itu, pelanggan keduanya pada hari kejadian turut ingin memberi duit lebih sebagai tanda sedekah. Dia yang menyedari kelakuan pelanggan yang sama dengan pelanggan pertama mengambil duit itu kembali dan meletakkannya ke dalam plastik.
Pelanggan berkenaan berkata ‘jangan’. Tetapi dia tetap meletakkan duit itu ke dalam plastik bungkusan nasi lemak dengan cara yang tidak disedari pelanggan terbabit.
“Pelanggan tu lupa, saya bukan senag ke ayam. Harap akak perasan ada duit dalam plastik,” ceritanya lagi dalam kisah kebaikan pelanggan peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1.
https://www.tiktok.com/@bangsudu/video/7169910548283297050?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@bangsudu Ni kira macam mana? 😂 #fyp #foryou #suduada ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1
Meninjau ruangan komen, ramai yang terpegun dengan cara Nasi Lemak Bangsudu RM1 melayan pelanggannya. Ramai di antara mereka berkata, kebaikan Bangsudu sememangnya ikhlas menjual nasi lemak RM1 di samping membantu. Sebab itulah Tuhan menghantar pelanggan-pelanggan yang baik kepadanya.
“Bila ada orang sedekah terima je dia nak buat saham akhirat. Nanti awak pi sedekah dekat orang lain,” kata netizen dengan nama Lianayana79.
“Saya hormat awak dan awak adalah orang yang baik,” kata netizen lain bernama Raju memberi komen kisah kebaikan pelanggan peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1.
“Okay noted, Plan ready. Hopefully berjaya letak duit nanti. See you later bang,” tulis Yamin Yusop.
Semoga peniaga Nasi Lemak Bangsudu RM1 dan pelanggan-pelanggannya sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Lihatlah, jika kita baik dengan orang, Tuhan pasti akan membalasnya dengan cara yang tidak disangka.
Semoga semua orang juga baik-baik saja dalam mencari rezeki di luar sana.
Sumber: Bangsudu