Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Benda Dah Order, Minum Je Lah..”, Pelanggan Terkedu Pesan Nescafe Ais Mangkuk, Tapi Yang Sampai Macam Ni..

“Benda Dah Order, Minum Je Lah..”, Pelanggan Terkedu Pesan Nescafe Ais Mangkuk, Tapi Yang Sampai Macam Ni..

Kategori:
Nescafe ais mangkuk

Jika kita berkunjung ke kedai makan atau restoran, selain memesan makanan, minuman juga turut dipesan mengikut kehendak pelanggan dan seleranya. Pelayan kedai makan akan datang mengambil pesanan di meja dan pelanggan akan memesan apa yang dikehendaki.

Menyebut tentang pesanan air, sesetengah pelanggan memang suka memesan  air mangkuk (air yang diletakkan dalam mangkuk bersama plastik besar) kerana kuantiti air yang didapati lebih banyak berbanding air dalam gelas biasa.

Tetapi, ada sesetengah kedai makan yang jarang dengan konsep air mangkuk. Ini menyebabkan, pekerja kedai makan mungkin mengalami salah faham dengan pesanan sedemikian ketika mengambil pesanan.

“Benda Dah Order, Minum Je Lah..”, Pelanggan Terkedu Pesan Nescafe Ais Mangkuk, Tapi Yang Sampai Macam Ni..

Nescafe ais mangkuk

Seperti video yang tular semalam di laman TikTok, situasi yang sama berlaku kepada seorang pelanggan di sebuah kedai makan. Ini selepas dia memesan air Nescafe bungkus dalam mangkuk, tetapi apa yang sampai adakah air Nescafe dalam mangkuk tanpa plastik.

“Aku order Nescafe ais mangkuk, kau tengok. Zoom sikit camera. Dia bagi betul-betul dalam mangkuk..,” katanya dengan seloroh menceritakan bagaimana dia memesana Nescafe ais mangkuk pada awalnya kepada pekerja kedai makan tersebut.

“Betul-Betul Dalam Mangkuk…”

Nescafe ais mangkuk

@ilithingz Benda dah order 😂 minum je lah … #fypdongggggggg #viralvideo ♬ Funny Song – Cavendish Music

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan. Ada juga yang menceritakan pengalaman yang seakan sama dengan situasi ini.

“Lain macam air dia bang hahaha,” kata netizen dengan nama Aziah memberi reaksi kepada video kisah Nescafe ais mangkuk itu.

“Sabar bang, saya pun pernah kena, tea o ais mangkuk. Siap bagi sudu bang suruh saya cebuk ais,” komen netizen lain bernama Apik.

“Anak saya order teh ais mangkuk, tapi mangkuk tak sampai-sampai,” kongsi netizen bernama Juriah dalam kisah pesan Nescafe ais mangkuk itu.

Lain Macam Air Dia

Nescafe ais mangkuk Nescafe ais mangkuk

Menerusi kisah memesan air mangkuk ini, mungkin ada kedai yang tidak biasa dengan konsep sebegini. Jadi, jika kita berkunjung ke mana-mana, pelanggan haruslah memesan pesanan dengan betul dan jelas. Ataupun, peniaga haruslah bertanyakan balik keterangn kepada pelanggan untuk mengesahkan pesanan.

Apa-apa pun, memang lawak dan comel betul pelanggan dan peniaga ini. Semoga segala urusan semua dipermudahlkn ya.

Sumber: Ili Mazlan

Baca juga: Founder Bingung Tiba-Tiba Kena Bayar Keropok Segera Sampai RM100 Lebih, Rupa-Rupanya…

tags: | |