Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Lapis Surabaya

Indonesian Cuisine: Resepi Lapis Surabaya

Kategori: ,,

Bosan dengan menu yang sama?? Jom cuba resepi yang enak ini. Berikut merupakan resepi lapis surabaya yang lembut dan gebu:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji telur
  • 180 gr tepung terigu
  • 100 gr gula pasir
  • 100 gr mentega cair
  • 1 sdm susu bubuk
  • 1 sdm quick
  • 2 sdm pasta moca
  • 1 sdt baking alpina
  • 2 pewarna makanan

Cara-cara memasak kuih lapis surabaya adalah:

  1. Pecahkan telur, masukkan gula pasir, baking alpina, susu bubuk, dan quick. Mixer kesemua bahan hingga mengental putih.
  2. Masukkan tepung terigu. Mixer hingga sebati.
  3. Seterusnya, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan pewarna makanan dan mentega didalam satu adunan. Adun sehingga sebati. Kemudian, tuang kedalam loyang yang sudah disapu dengan marjerin. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah. Angkat dan sejukkan.
  4. Bahagian yang lain, masukkan pewarna makanan dan ditambah pasta mocca serta marjerin. Adun  sehingga sebati. Tuang kedalam loyang, lalu dibakar sama seperti tadi.
  5. Setelah sejuk, cantumkan dua bahagian tersebut mengguna krim. Potong mengikut saiz yang dikehendaki. Sedia dihidangkan.

Semoga Berjaya.

Tonton video ini untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |