Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Air Aroikah / Cha Bang Ang Ni, Dessert Thai Yang Sedap Layan Masa Hujan. Manis Berlemak Rasanya!

Jom Buat Air Aroikah / Cha Bang Ang Ni, Dessert Thai Yang Sedap Layan Masa Hujan. Manis Berlemak Rasanya!

Kategori: ,
air aroikah

Kalau tiba musim hujan, pasti ada benda je nak mengunyah dan makan, kan? Bila hujan-hujan ni, layan dessert Thai memang mantap dan nikmat takk terkata. Yang mana ada cincau yang dah lama simpan dalam peti, bolehlah buat resepi legend dan viral ketika dahulu ni. Air Cha Bang Ang atau kita panggil air Aroikah ni.

Kalau nak berjimat, tak rugi buat sendiri. Kalau dekat kedai, boleh cecah harga RM15 tau untuk 2 orang. Jom kita buat sama-sama air aroikah ni!

Jom Buat Air Aroikah / Cha Bang Ang Ni, Dessert Thai Yang Sedap Layan Masa Hujan. Manis Berlemak Rasanya!

air aroikah

 

Bahan-Bahan:

  • 300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
  • 200 gram gula perang
  • 250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan gula perang)
  • 10 gram atau 1 sudu biji selasih
  • 250 gram air panas
  • 400 ml susu segar full cream
  • 400 ml atau 1 tin susu cair
  • 5 sudu susu pekat manis
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 500 gram ais kiub (secukupnya)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan gula perang, air dan esen vanilla. Masak hingga gula larut selarutnya. Matikan api. Ketepikan dan biarkan air gula sejuk.
  2. Sementara itum rendam biji selasih di dalam air panas supaya ia kembang.
  3. Di dalam satu bekas/jug, satukan semua bahan kecuali ais.
  4. Kacau rata semuanya dan sedia dihidangkan.
  5. Jika suka ais, masukkan ais ke dalam gelas berasingan sewaaktu mahu menikmatinya bagi mendapatkan rasa yang lazat, tulen dan tidak cair/tawar.

air aroikah air aroikah

Dah siap air aroikah kita kan. Senang je! Boleh nikmati dan buat pada bila masa-masa saja okay bersama yang tersayang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat menikmati semuanya!

Sumber: Wani Sukarno

Baca juga: Resepi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Buat Niaga Pun Boleh!

tags: | |