Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Roti Loaf Homemade, Memang Gebu Macam Beli Dekat Kedai. Boleh Cuba Buat Di Rumah!

Cara Buat Roti Loaf Homemade, Memang Gebu Macam Beli Dekat Kedai. Boleh Cuba Buat Di Rumah!

Kategori: ,
roti loaf homemade

Kalau ke kedai roti, pasti roti kosong menjadi antara pilihan orang ramai untuk membelinya. Selalunya, roti keping/loaf ni memang gebu dan sedap. Korang boleh try sendiri di rumah sebab senang sahaja nak buat roti ni. Tambah senang kalau ada breadmaker.

Roti hasil air tangan sendiri memang puas hati. Dah tentu lagi sihat sebab kita sendiri tahu kandungan roti tu kan? Dah tentu kita boleh elakkan bahan pengawet untuk tahan lama.

Kalau nak hasil roti keping sama gebu macam beli dekat kedai, boleh ikut cara roti loaf homemade yang dikongsi oleh Hehiman Sakuan.

Cara Buat Roti Loaf Homemade, Memang Gebu Macam Beli Dekat Kedai. Boleh Cuba Buat Di Rumah!

roti loaf homemade

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 3 sudu gula
  • 1 cawan susu (full cream/lowfat/fresh) – suam
  • 1 cup air suam campur dengan 2 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu makan yis
  • sedikit garam

roti loaf homemade

Cara Penyediaan:

  1. Gula, susu (suam) dan yis gaul dan biarkan berbuih sekejap.
  2. Kemudian masukkan dalam adunan tepubg bersama garam. Uli sekejap (boleh guna breadmaker atau tangan) kemudian masuk marjerin.
  3. Uli lagi hingga elastik. Selepas itu, biarkan doh naik seketika (double in size).
  4. Bentukkan dan masuk dalam acuan yang disapu dengan marjerin. Bentukkan dan bakar. Sebelum itu, sapu juga bahagian atas doh dengan marjerin.
  5. Bakar dalam oven suhu dalam 200-230 darjah celcius, masa 30-45 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Guna api atas bawah.
  6. Bila bahagian atas roti dan  bertukar kekuningan macam dalam gambar boleh keluarkan.
  7. Resipi ini boleh digunakan untuk cinnamon rolls juga.
  8. Selamat mencuba.

roti loaf homemade

roti loaf homemade

roti loaf homemade roti loaf homemade

Siap sudah roti loaf homemade kita! Senang kan? Kalau korang taknak uli, nanti belilah bread maker dekat kedai. Cara auto boleh, manual pun boleh. Terserah korang. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menikmati roti loaf homemade korang!

Sumber: Hehiman Sakuan 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Arab Yang Mudah Saja, Cicah Dengan Sambal Sardin Atau Kari Lagi Sedap

tags: | |