Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Harga Sotong Kedai Mamak Mahal? Ini Resipi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar, Korang Kena Cuba!

Harga Sotong Kedai Mamak Mahal? Ini Resipi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar, Korang Kena Cuba!

Kategori: ,
kari sotong Mamak

Bagi pelanggan Kedai Mamak yang selalu mengidam untuk makan di sana, perkongsian resepi kali ini memang untuk korang! Kalau risau harga sotong di Kedai Mamak mahal, korang boleh je try buat masakan sajian Nasi Kandar, lauk kari sotong Mamak yang sedap ni di rumah tau.

Perkongsian daripada Rosni Musa ni memang nampak menyelerakan. Bolehlah cuba dan masak sendiri tentulah jimat, kan? Nanti satu keluarga atau teman boleh makan bersama. Jom cuba kari sotong Mamak ni bersama.

Harga Sotong Kedai Mamak Mahal? Ini Resepi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar, Korang Kena Cuba!

Bahan-Bahan:

  • 500 gram sotong
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan halba campur
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu makan cili kasar @ serbuk cili
  • sedikit air
  • garam, gula & perasa secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Bawang putih dan bawang besar dikisar hingga halus. Ketepikan. kari sotong Mamak
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika halba campur. kari sotong Mamak
  3. Kemudian masukkan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau. kari sotong Mamak
  4. Masukkan bahan kisar. Tumis sekejap hingga wangi. kari sotong Mamak
  5. Kemudian masukkan cili kisar atau serbuk cili. Kacau rata. kari sotong Mamak
  6. Seterusnya masukkan rempah kari. Kacau sebati. kari sotong Mamak
  7. Tuang sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. kari sotong Mamak
  8. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan garam, perasa dan sedikit gula. kari sotong Mamak
  9. Masukkan pula air asam jawa. Kacau lagi hingga rata. kari sotong Mamak
  10. Bila rempah sudah merenih, masukkan sotong. kari sotong Mamak
  11. Tutup kuali seketika agar sotong masak dengan sempurna. Namun pastikan ia tidak dimasak lama sangat bagi mengelakkan sotong menjadi keras. kari sotong Mamak
  12. Masukkan hirisan cili merah dan renehkan seketika. kari sotong Mamak
  13. Kari sotong Mamak siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan. kari sotong Mamak

Siap sudah kari sotong Mamak kita. Bolehlah makan bersama nasi panas. Yang penting memang jimat buat sendiri. Selain jimat, kita pun dapat belajar cara nak masak, kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!

Sumber: Rosni Musa

Baca juga: Ini Cara Betul Buat Kacang Kuda Lembut & Sedap. Gerenti Tambah Sampai Berbalang-Balang, Kena Cuba Buat!

tags: | |