Gerai di tepi jalan adalah pilihan orang ramai kerana kebanyakan makanannya sememangnya murah dan sedap. Bukan sahaja itu, gerai tepi jalan juga mempunyai banyak pilihan dari segi lauk-pauk misalnya.
Sesetengah individu suka makan di gerai tepi jalan kerana senang dan memudahkan.
Menyebut hal itu, menerusi akaun seorang pengguna tiktok @at_bie, tular apabila dia berkongsi kisahnya makan di sebuah gerai. Ini kerana, dia terjumpa seekor lipas di dalam makanan yang telah dipesan. Apa yang lebih memedihkan adalah gadis ini menyedari perkara tersebut setelah hampir habis makan hidangan itu.
Namun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah cara gadis ini menegur peniaga tersebut dengan cara yang bersahaja dan tidak marah.
“So cerita dia bang, kalau boleh hati-hati lah bang”. Itu antara nasihatnya kepada peniaga dengan suara yang lembut.
Dan pujian harus diberikan kepada peniaga terbabit kerana menerima nasihat dengan hati terbuka dari pelanggan. Ia adalah satu contoh yang amat bagus.
Video yang tular ini telah mencecah sebanyak 400 ribu tontonan, dengan ruangan komen dipenuhi pujian terhadap gadis ini. Rata-rata memberi memuji gadis ini kerana tidak melenting dan tetap tenang berhadapan situasi tersebut.
https://www.tiktok.com/@at_bie/video/7078264135124929818?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7157550406225593858
@at_bieSemenjak kejadian lipas terbang , segala serangga sangat berminat dengan aku 🥲♬ original sound – At_Bie – Bie
Gambar di bawah menampilkan komen-komen dan reaksi menarik dari warganet :
Daripada perkongsian gadis ini, kita dapat menjelaskan bahawa kebersihan merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian. Berhati-hatilah ketika menyediakan makanan. Mungkin ada yang terlepas pandang dan hal ini boleh dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati.
Sumber: @at_abie
Baca juga: “Bodoh Ke Niaga?” – Temui Lipas Besar Dalam Bubur Nasi, Wanita Menyesal Beli Dari..