Siapa je yang tak teringin untuk mencuba minuman di Starbucks Coffee ini kan. Pasti ramai diluar sana yang ingin mencuba minuman di Starbucks ini buat kali pertama tetapi tidak tahu cara untuk memesan minuman. Takut terpinga-pinga semasa memesan minuman di Starbuck. Minuman ini dianggap mewah dalam kalangan masyarakat kita kerana harganya yang agak mahal berbanding dengan minuman lain. Tetapi, kalau setakat sekali sekala nak merasa, apa salahnya kan.
Jangan risau, untuk yang belum pernah ada pengalaman dan teringin untuk membeli Starbucks sendiri, boleh ikut cara-cara yang diajar oleh @myjoe menerusi akaun peribadi twitternya ini.
Masuk starbucks ada menu board dekat belakang Barista (cashier/staffs).
Ada 5 kategori:
Coffee (Hot/cold)
Frappe (ice blended)
Tea (Hot/cold)
Chocolate
Juices
Untuk saiz, kebiasaannya kita sebut small, medium, large. Tapi di starbuck short dipanggil tall, medium dipanggil grande dan large dipanggil venti.
Ice Blende dipanggil Frappucino. Kalau anda pening nak pesan apa, pilih je diantara minuman ini yang paling terkenal.
Sumber: twitter @myjoe_