Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Siapalah Guru Matematik Makcik Ni, Guna Formula Apa Ya?”, Cara Pengiraan Makcik Kedai Makan Dapat Perhatian Ramai

“Siapalah Guru Matematik Makcik Ni, Guna Formula Apa Ya?”, Cara Pengiraan Makcik Kedai Makan Dapat Perhatian Ramai

Kategori:

Zaman sekarang adalah masa yang mencabar untuk mendapatkan pekerjaan tidak kiralah dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Keadaan ekonomi kini memerlukan kita untuk menyesuaikan diri dengan apa jua jenis pekerjaan antaranya perniagaan. Seperti yang diketahui ramai, 9 daripada 10 rezeki berada pada sektor perniagaan.

Namun demikian, untuk memulakan perniagaan kita perlulah mempunyai ilmu antaranya adalah ilmu kira-kira ataupun di sektor perniagaan dikenali sebagai “Accountant”.

Melalui ilmu tersebut kita dapat mengetahui untung atau rugi perniagaan tersebut. Ikuti kisah Mak Cik yang viral kerana cara pengiraan yang lain daripada yang lain.

“Siapalah Guru Matematik Makcik Ni, Guna Formula Apa Ya?”, Cara Pengiraan Makcik Kedai Makan Dapat Perhatian Ramai

Cara Pengiraan Mak Cik Guna Angka Ratus

Menerusi sebuah video yang telah dikongsi melalui akaun TikTok @azman_ngah dimana beliau dan mak bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan telah membeli lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama  air milo ais dan teh o ais.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.

Cara pengiraan mak cik tersebut dengan menggunakan angka ratus telah mendapat perhatian ramai orang di laman aplikasi TikTok. Netizen terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.

Cara Pengiraan Mak Cik Guna Angka Ratus

Cara Pengiraan Mak Cik Guna Angka Ratus

Cara Pengiraan Mak Cik Guna Angka Ratus

@azman_ngah

KEDAI MAK CIK VIRAL KIRA LAJU ‼️ . KEDAI MAKAN VIRAL TERENGGANU . JOM VISIT TERENGGANU #fyp #masukberanda #fypdongggggggg #visit #terengganu #makanterengganu #kedaimakanviralterengganu

♬ original sound – Azman Ngah – Azman Ngah

@azman_ngah KEDAI MAK CIK VIRAL KIRA LAJU ‼️ . KEDAI MAKAN VIRAL TERENGGANU . JOM VISIT TERENGGANU #fyp #masukberanda #fypdongggggggg #visit #terengganu #makanterengganu #kedaimakanviralterengganu ♬ original sound – Azman Ngah

Meninjau ruangan komen netizen lain, ramai yang keliru mengenai harga dan berminat untuk ke kedai Mak Cik tersebut dek kerana cara pengiraannya itu.

“Ingatkan RM220 sungguh mujur baca komen, baru nak kecam” komen sebuah akaun TikTok iaitu Raimimajubahagia88.

“Kalau I pun blur beratus I bagi pada mak cik tu nanti” kata Kimiepinky di ruangan komen.

Siapalah Cikgu Matematik Makcik Ni Dulu, Dia Guna Formula Apa?

Cara pengiraan Mak Cik

Cara pengiraan Mak Cik

Cara pengiraan Mak Cik

Cara pengiraan Mak Cik

Daripada kisah ini, dapat disimpulkan bahawa ilmu itu adalah sangat penting, dengan adanya ilmu orang juga akan mengenali kita.

Sumber: @azman_ngah

Baca juga: “Sedih Tapi Lawak..”, Peniaga Kebab Kraze Belanja Ibu Mengandung Large Cheese, Ramai Netizen Menangis Sebab..

 

tags: