Beberapa hari lalu, media tular dengan kisah seorang lelaki yang melempar kek ke arah muka seorang wanita di sebuah taman. Video itu telah tular di pelbagai platform sosial media dengan kecaman dan herdikan daripada netizen yang menontonnya dan hangat diperkatakan buat masa sekarang.
Kebanyakan bersetuju perilaku berkenaan seakan tidak memberi manfaat dan dilakukan hanya sekadar meraih populariti. Kejadian yang berlaku di Eco Hill, Semenyih itu menjadi bualan ramai apabila video yang dipercai sebagai satu aksi prank ataupun dipanggil social experiment dilihat terlalu keterlaluan.
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen, kek yang dilemparkan oleh makcik berkenaan setidaknya dapat menampung makanan untuk orang susah. Lebih-lebih lagi, krisis makanan yang semakin menjadi-jadi membuatkan hal itu menjadi tanda tanya kepada orang ramai, mengapa harus menggunakan cara sebegitu untuk membuat social experiment.
Sedangkan, banyak lagi hal dan cara yang boleh dilakukan oleh influencers agar ia memberi manfaat dan pengajaran kepada orang lain.
Apa yang lebih sensasi, susulan kemarahan dan penularan video personaliti media sosial Daing Ellando yang melakukan prank ke atas seorang wanita, nama pengacara Datuk Aznil Nawawi turut terpalit.
Menurut mStar, ia ekoran pengacara tersebut merupakan mentor kepada TikToker berkenaan yang terlibat dalam program raja Viral.
Menjelaskan perkara tersebut, Azil, 60 berkata, dia sudah dimaklumkan video tersebut hanya lakonan semata-mata dan semua pelakon dalam rakaman tersebut dibayar.
“Ia bertujuan sebagai satu social experiment untuk melihat reaksi masyarakat Malaysia. Selepas video tersebut dibuat tiada pun orang datang membantu.
“Silapnya dalam video tersebut, dia tidak mendedahkan tujuan sebenar,” katanya dalam isu tular lelaki lempar kek tersebut .
Ini Social Experiment, Sudah Nasihat Jangan Buat Video Makan Diri, Kata Aznil Nawawi
Dalam pada itu, Aznil memberitahu sudah menasihati semua yang terlibat dalam prank lelaki lempar kek itu agar tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah semata-mata meraih perhatian.
Tolong la cari budak bodo ni, buat prank bodo macam ni. Kalau kena kat mak aku ni memang pecah muka kau bro. pic.twitter.com/TK3SREDCzy
— Asraf (@Asraflah) December 10, 2022
Berlakon oooo macam tuu pic.twitter.com/jLzgrnQGkq
— Asraf (@Asraflah) December 10, 2022
Meninjau ruangan komen netizen terhadap isu ini, ramai yang tidak bersetuju dan meminta agar influencers memilih jalan lain untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dengan lebih bijak.
“Kalau ada akal, boleh je buat social experiment yang positif macam ni. Tapi dia pilih buat prank yang nak viral cepat biarpun content macam celaka mengundang kemarahan,” komen seorang netizen yang disokong ramai berkenaan kisah prank lelaki lempar kek berkenaan.
Kalau ada akal boleh je buat social experiment yg positif mcm ni.tpi dia pilih buat prank yg nk viral cepat biarpun content mcm celaka mengundang kemarahan pic.twitter.com/nyIeX358n7
— 🫡 ᖴᗩᗪᕼ ✌️ (@fadhadlamya) December 10, 2022
https://twitter.com/TheSwordFish___/status/1601556153800208385?s=20&t=eNde2HXwTvWTmk3NKQaJZg
Semoga hal ini mendapat pengajaran kepada orang ramai yang ingin merancang prank seperti ini. Social experiment dapat dilakukan dengan lebih berhemah, bergantung kepada idea dan cara pemikiran masing-masing.