Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Nanti Bakal Bini Dia Senang..”, Anak Teman Bapa Masak Di Dapur Sejak Umur 1 Tahun, Ramai Netizen Terpukau Dengan Kisah Ini

“Nanti Bakal Bini Dia Senang..”, Anak Teman Bapa Masak Di Dapur Sejak Umur 1 Tahun, Ramai Netizen Terpukau Dengan Kisah Ini

Kategori:
anak teman bapa masak di dapur

Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Didikan yang baik kepada seseorang harus diterap sejak usia muda. Ini kerana, pada usia anak-anak sedang membesar, penerimaan mereka masih terbuka luas tanpa menghakimi apa yang baik dan sebaliknya.

“Nanti Bakal Bini Dia Senang..”, Anak Teman Bapa Masak Di Dapur Sejak Umur 1 Tahun, Ramai Netizen Terpukau Dengan Kisah Ini

anak teman bapa masak di dapur

Seperti satu perkongsian yang tular baru-baru ini di laman Facebook, ramai yang tertarik dengan kisah yang dikongsi oleh seorang bapa tentang bagaimana anaknya yang baru berusia 1 tahun sudah menemaninya membuat kerja rumah di dapur seperti memasak.

Perkongsian oleh Selvakumar Arusnasalam tentang anaknya, Varun Selvakumar memang hebat dan mendapat pujian ramai.

Pada setiap gambar yang ditunjukkan, boleh dilihat riak wajah anaknya amat berminat dengan apa yang dipelajari. Daripada menumbuk bahan masakan dan melihat bapanya menggoreng sesuatu, minat yang mendalam seperti sudah tertanam dalam dirinya.

anak teman bapa masak di dapur

Apa yang menarik dan menggelikan hati, bapanya juga berkata, penerapan didikan seperti itu kepada anak kecil lelakinya akan memudahkan kerja bakal isteri yang akan mengahwininya kelak, suatu hari nanti.

“1 tahun, 1.5 tahun, 2 tahun dan 3 tahun. Sentiasa menenami saya di dapur. Takdalah nanti dia harapkan bini dia je masak dekat dapur. Anak daddy boleh masak kelak nanti,” tulisnya di ruangan keterangan gambar menceritakan tentang perkongsian anak teman bapa masak di dapur sejak umur 1 tahun itu.

“Takdalah Nanti Harapkan Bini Je Sebab Anak Daddy Boleh Masak..”

anak teman bapa masak di dapur

Hal itu telah mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 10 ribu tanda suka. Hal ini kerana, didikan hebat seperti itu bukan dapat dilakukan oleh semua orang. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan rasa ikhlas dari hati.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji cara didikan tersebut. Rata-rata bersetuju bahawa didikan hebat seperti itu lahir kerana mendapat ayah yang hebat juga.

“Boleh buat menantu anak kau ni bang, bagus sangat,” tulis seorang netizen bernama Firdauz Abdullah memberi komen berkenaan kisah anak teman bapa masak di dapur sejak umur 1 tahun itu.

“Wow bagusnya. Didikan yang baik bermula dari rumah. Nanti Varun dapat masak hebat seperti bapanya. Bertuahnya siapa dapat Varun nanti, ya,” tulis seorang lagi netizen dengan nama Sa’adiah Noor di ruangan komen berkenaan.

“Setuju sangat pasal ni. Setidak-tidaknya pu bini tak sihat ke, bini lepas bersalin ke boleh masak. Tak harapkan bini sahaja kan. Terbaik,” ujar Mak Usu Kluang.

Dapur Bukan Hanya Untuk Perempuan, Pandangan Lama Yang Perlu Ditukar

anak teman bapa masak di dapur

Benarlah, didikan yang baik semuanya datang dari kesabaran dan kehebatan ibu bapa sendiri. Pendedahan awal yang sinonim dengan hanya perempuan di dapur oleh masyarakat merupakan sterotaip yang patut ditukar sekian lama.

Sama-sama membantu dalam setiap hal merupakan hal yang paling baik. Ia tanggungjawab bersama.

Sumber: Selvakumar Arunasalam

Baca juga: “Sedih Tapi Lawak..”, Peniaga Kebab Kraze Belanja Ibu Mengandung Large Cheese, Ramai Netizen Menangis Sebab..

tags: | |