Bahan makanan seperti serbuk kunyit sering dikaitkan dengan perapan makanan untuk menggoreng sesuatu. Ia merupakan bahan utama untuk menggoreng apa sahaja lauk bagi menambah kesedapannya.
Tetapi, lain pula penggunaan kunyit yang dikaitkan dengan seekor gajah baru-baru ini.
Beberapa hari lalu, tular gambar yang menunjukkan seekor gajah dilumur kunyit hingga menjadi perbualan dan persoalan dalam kalangan netizen.
Pada gambar itu, kelihatan gajah sedang dibaringkan dan dilumur kunyit pada setiap bahagian badannya. Hingga ada yang tertanya, “nak goreng gajah ke?”, dalam hantaran terbabit.
Hantaran itu telah tular di laman Twitter dan selepas membaca keterangannya, barulah netizen tahu hal itu bersebab. Di samping itu, ia juga menambah kefahaman kepada netizen tentang kegunaan kunyit selain menggunakannya dalam masakan.
Menurut seorang pengguna Twitter bernama Iskandar Ariffin, serbuk kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan dan memberi banyak manfaat yang tidak diketahui oleh orang ramai.
“Siapa sangka serbuk kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan? Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi.
“Gajah tersebut dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya,” terangnya dalam hantaran gambar gajah dilumur kunyit yang mengambil info tersebut daripada sumber asal, consumer Adabi.
Tambahnya, sebanyak 7 kilogram serbuk kunyit itu akan dibiarkan pada bahagian gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah.
“Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semulajadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.
“Kebaikan yang diperoleh daripasa serbuk kunyit ini adalah merawat luka kecil, merawat gigitan serangga, bertindak sebagai anti septic pada kulit dan sebagai agen pemulih kulit,” terangnya lagi dalam hantaran sama.
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terkejut dengan info menarik yang dikongsikan. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman melumur kunyit pada badan haiwan peliharaan masing-masing.
“Aku marah betul haritu laki aku lumurkan air kunyit dekat kucing aku dah lah bulu putih. Dah macam Pikachu jadinya. Sebab ada kurap dan dia suka jilat lagi laaa menjadi.
“Sembur ubat pun tak jalan. Eh lumur kunyit elok pulah eh seminggu je kurap nya kering,” kongsi netizen bernama Naizaluziza dalam hantaran gambar gajah dilumur kunyit itu.
https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1601224811078115328?s=20&t=iPXfflga8JxxVECIEUuwBA
Hebat kan ciptaan Tuhan? Satu ciptaan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai cara yang berbeza. Hanya manusia yang perlu mencari jalan dan berusaha untuk melihatnya dalam pelbagai arah.
Sumber: Iskandar Ariffin / Adabi Consumer