Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis, Penambah Selera Masa Makan

Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis, Penambah Selera Masa Makan

Kategori: ,
kerabu bunga kantan ikan bilis

Makanan pembuka selera tradisional seringkali dikaitkan dengan ulam-ulaman dan pencicah seperti budu. Memang sedap dan kena dengan selera kampung apabila ulam dicicah dengan budu bersama nasi dan lauk-pauk lain.

Jadi kali ini, min nak kongsi satu resepi yang rare dan unik tapi bila makan dengan nasi memang sedap sangat. Menunya adalah resepi kerabu bunga kantan ikan bilis. Rupanya, memang sedap campur bahan-bahan ni bersama bungan kantan.

Jom ikuti perkongsian resipi kerabu bunga kantan ikan bilis daripada Akma Abdullah ini. Memang makan dengan nasi panas-panas sahaja pun menjadi!

Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis, Sedap & Payah Nak Jumpa Hidangan Tradisional Unik Ni!

Bahan-Bahan:

  • ikan bilis
  • bunga kantan
  • serai
  • tomato
  • bawang besar
  • cili
  • lemon (boleh gantikan dengan limau nipis)
  • sos ikan
  • garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing.
  2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk.
  3. Gaul rata semua bahan-bahan.
  4. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul sekali lagi sampai rata semuanya.
  5. Tip: Garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.

kerabu bunga kantan ikan bilis kerabu bunga kantan ikan bilis kerabu bunga kantan ikan bilis

Dah siap kita punya kerabu bunga kantan ikan bilis. Kerabu macam ni je dah kecur air liur kan. Memang rasa krup krap dia. Bolehlah cuba di rumah. Yang mana ada bunga kantan dalam peti atau tanam di halaman rumah tu, boleh cuba buat!

Semoga perkongsian kerabu bunga kantan ikan bilis ini bermanfaat dan selamat menikmati buat semuanya.

Sumber: Akma Abdullah

Baca juga: Resepi Sambal Ketuk Hijau Ikan Bilis, Penambah Selera Makan Dengan Nasi Panas-Panas. Korang Kena Cuba!

tags: | |