Ketika kita pergi keluar bersuka-ria bersama rakan-rakan, kadang-kadang, ada hal yang tidak dijangka barangkali akan berlaku.
Ia adalah hal yang sebolehnya hendak dielak oleh semua, tetapi sebagai manusia, kita harus berjaga-jaga walau di mana kita berada.
Lihat sahaja semua perancangan akan berjalan lancar, tetapi mungkin ada suatu masa ia bertukar menjadi satu peristiwa yang tidak dingini.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman yang menakutkan bersama rakan-rakannya yang sedang berkelah di Genting Highland pada suatu malam.
Mereka berkelah dan makan dengan membentangkan tikar di atas jalan sambil bercerita dan berkongsi hal masing-masing.
Ketika sedap menjamu selera mi segera sambil bertukar kata, tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia sedang bercakap tentang sesuatu.
“Aku tak boleh ni, aku cakap terus terang punya. Aku mabuk. Aku memang macam ni, kalau aku naik mesti aku mabuk. Aku tak bolehlah macam ni, aku pening.
“Kalau aku tak mabuk aku tak boleh…,”kata lelaki yang tidak dikenali itu dengan suara sayup-sayup. Percakapan lelaki berkenaan didengari melalui telefon yang sedang merakam mereka makan.
Kata pemilik video lagi, lelaki itu mungkin tidak perasan ada telefon yang sedang merakam situasi di sana kerana sememangnya mereka meletakkan telefon berkenaan di stand berhampiran divider di hadapan mereka.
“Sebenarnya dada dah dupdapdupdap. Kalau sorang-sorang tak tahulah apa jadi. Rakaman ni tak dijangka,” katanya menerangkan kisah ketika dia dan rakan-rakannya yang sedang makan berkelah.
Tetapi, ada satu persoalan yang membuatkan semua tertanya-tanya. Mabuk yang dimaksudkan lelaki berkenaan adakah mabuk yang seperti dianggan atapun hanyalah ‘motion sickness’. Ia menjadi misteri sehingga sekarang.
“Itu alasan dia. Tapi kami tak tanya pun, dia yang cerita sendiri,” katanya lagi dalam kisah makan berkelah di Genting itu.
https://www.tiktok.com/@tyyazzahrah/video/7173927479151709467?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458
@tyyazzahrahlast minute plan going wrong♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang menasihatkan agar lebih berhati-hati lain kali apatah lagi mereka semuanya perempuan.
“Bawak pepper spray selalu,” nasihat seorang netizen kepada tiga gadis yang makan berkelah di Genting berkenaan.
“Standby juga mi panas tu kalau dia macam-macam boleh simbah terus,” komen seorang lagi netizen.
Melihat kepada kisah tiga gadis makan berkelah di Genting ini, kita boleh menjadikan pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati dan sediakan payung sebelum hujan.
Jika hendak ke mana-mana, bawalah persediaan untuk melindung diri kerana kita tidak akan pernah tahu apa tragedi yang akan datang. Semoga kita sentiada dilindungi.
Sumber: tyyazzahrah