Dalam kehidupan ini, ada pelbagai kisah umat manusia yang mempunyai pelbagai jalan yang tidak boleh diduga. Untuk terus hidup, rezeki perlu diraih, perut perlu diisi untuk kelangsungan hari demi hari. Ada yang jalan liku hidupnya disenangkan dan ada yang sebaliknya. Tetapi pada akhirnya, semuanya mempunyai hikmah masing-masing di setiap apa yang terjadi.
Dan untuk itu, kebaikan yang ada di sekeliling sememangnya menguatkan kita untuk terus kuat menempuh hidup yang serba cedera ini. Kebaikan yang dikirim oleh Tuhan juga terkadang adalah disebabkan kebaikan yag pernah kita lakukan dan Tuhan ingin membalas dengan cara yang tidak diduga.
Seperti satu video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang lelaki berkongsi kisah tentang kebaikan dan kejujuran peniaga air tebu yang terdiri dari sepasang suami isteri menyentuh hati netizen. Dia bercerita bagaimana seseorang yang juga sedang bergelut dalam kehidupan, tetap membantu orang lain dalam kesusahan tanpa berfikir panjang.
Di dalam video berkenaan, pada awalnya dia berlakon sebagai seorang pelanggan yang dahaga dan kehausan ingin membeli air tebu tetapi duit tiada kerana dompet tercicir entah ke mana. Dengan tidak disangka, peniaga tersebut terus ingin membantu dengan riak wajahnya yang ikhlas dan baik hati.
“Duit saya tercicir, beg duit jatuh, tapi dahaga, boleh tak nak suruh abang belanja saya,” katanya pada awal dalam kisah peniaga air tebu itu terbabit.
“Boleh boleh bang boleh boleh,” jawab peniaga air tebu itu dengan riak wajah ikhlas.
“Takpa, takpa, saya ada duit. Saja nak tengok kebaikan abang je. Takpa, saya nak bagi ni (duit). Terima kasih berbuat baik,” kata pelanggan itu lagi.
Dalam masa yang sama, apa yang lebih menyentuh jiwa, ketika disuruh pelanggan untuk peniaga air tebu itu memilih wang kertas dengan jumlah 2 keping, dia hanya memilih wang kertas RM5 sahaja walaupun di antara pilihan yang ada adalah RM10.
@jafnyelias Sedikit pemberian kita mungkin besar nilainya pada orang lain #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment
@kitasama4111 Sedikit pemberian kita mungkin besar nilainya pada orang lain #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment ♬ Glimpse of Us – Joji
Meninjau ruangan komen, ramai yang bersimpati dan terharu dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh peniaga tebu terbabit. Mereka menunjukkan keikhlasan dan kejujuran sebagai seorang manusia. Di saat dia sedang kesusahan mencari rezeki, dia tetapi menolong orang lain dengan ikhlas.
“Dari raut wajah abang tu. Aku tahu dia orang yang baik,” kata seorang netizen dengan nama Fazlan kepada peniaga air tebu terbabit.
“Tengoklah, dia hanya pilih RM5 sahaja. Tu keikhlasan dia..”, komen netizen lain dengan nama Cik Amira.
Semoga peniaga air tebu dan pelanggan ini dimurahkan lagi rezekinya. Dan mari sokong peniaga ini berniaga! Kedainya terletak di Baling Kedah berdekatan dengan UKK.
Sumber: Jafny Elias