Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Masak Jerohan Ayam

Indonesian Cuisine: Resepi Masak Jerohan Ayam

Kategori: ,,

Hari ini saya sediakan resepi masak jerohan ayam untuk anda semua. Resepi dari Indonesia. Ringkas, sedap dan menjimatkan. Yang paling penting sangat sedap dihidangkan bersama nasi panas-panas. Korang mesti cuba resepi ini tertuma yang suka makan jerohan ayam.

 

 

Berikut adalah resepi masak jerohan ayam :

Bahan-bahan : 

  • Jerohan Ati dan Rempelo
  • Merica
  • Ketumbar
  • Kemiri
  • Lengkuas
  • Jahe(halia)
  • Serai
  • Daun salam
  • Daun Jeruk(daun limau)
  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Cabe(cili/lada)
  • Kunyit
  • Jinten
  • Kaldu bubuk
  • Garam
  • Gula
  • Lemon atau asam
  • Santan
  • Air

Cara-cara:

  1. Masukkan air perahan jahe kedalam bekas yang berisi ati dan rempelo yang sudah di bersihkan. Masukkan perahan lemon, serbuk kunyit, kaldu ayam bubuk dan garam. Gaulkan supaya sebati.
  2. Masukkan kedalam kuali dan goreng seketika. Goreng perlahan-lahan supaya ati tidak hancur. Masukkan sedikit air supaya ati dan rempelo masak. Masak sehingga airnya kering.
  3. Kemudian letakkan sedikit minyak. Goreng seketika supaya kering sedikit. Tumbuk ketumbar, merica, sedikit garam dan kemiri.
  4. Kisar bawang merah, bawang putih, cabe sehingga halus. Kemudian masukkan serbuk kunyit, jintan dan kaldu bubuk. Kacau supaya sebati.
  5. Tumiskan bahan kisar didalam kuali yang berisi sedikit minyak. Masukkan sekali bahan tumbuk. masukkan serai dan jahe.
  6. Tambahkan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan gula secukup rasa. Kemudian masukkan air dan daun salam dan daun jeruk purut. Tunggu sehingga mendidih.
  7. Kemudian masukkan hati yang sudah digoreng. masukkan santan dan kacau sehingga pekat. Siap untuk dihidangkan bersama nasi.

Tonton video di bawah :

Kredit: Nikmatul Rosidah

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

 

tags: | | |