Tidak dinafikan zaman sekarang ramai peniaga yang mengambil kesempatan. Menjual barangan dan makanan mereka dengan harga yang langsung tidak masuk akal. Ya, tidak boleh salahkan peniaga seratus peratus memandangkan mereka membeli barangan mentah pada harga yang agak tinggi.
Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah apabila ada peniaga yang tidak jujur. Terlampau tamakkan keuntungan sehingga sanggup menganiaya pelanggan. Kejadian sebegitu sering kali berlaku ke atas makanan yang berinti ataupun dibungkus.
Seperti mana yang viral menerusi aplikasi TikTok, apabila ada peniaga Waffle yang seolah-olah menipu pelanggan dengan meletakkan inti yang sangat sedikit pada waffle yang dibeli. Kejadian tersebut berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama real.eycah.
Di dalam video berkenaan, mangsa sedang memegang sekeping Waffle yang dibeli yang berharga RM5.50, kemungkinan Waffle tersebut dibeli oleh rakannya. Namun apabila melihat intinya yang teramat sedikit dia terkejut, lantas bertanya kepada rakannya berapakah harganya.
Terkejut dengan jumlah harga dan intinya, Eycah kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebelum bergerak ke arah peniaga Waffle untuk bersemuka. Mungkin ingin memaklumkan kepada peniaga tersebut.
Namun tidak dapat diketahui apakah yang wanita ini lakukan memandangkan video tersebut berakhir selepas dia bangun dari tempat duduknya sahaja.
@real.eycah♬ original sound – insta : @real.eycah 🦋
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berseloroh dan menyatakan peniaga waffle tersebut sudah bengkak muka.
“dengar2 orang buat waffle tu muka dah bengkak HAHA”, tulis adriey
Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati wanita tersebut agar jangan muay thai pemilik kedai berkenaan. “echaa jangan kau muay thai sudah owner kedai tu”, tulis A/Z.
Tidak kurang juga ada yang menulis, selepas diserang oleh wanita tersebut, peniaga berkenaan meletakkan satu tab coklat. “dgr citer lps akk ni gi kat kedai waffle tu..staff tu ltk satu tub coklat for 1 keping waffle”, seloroh adikpikah.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang wanita ini lakukan kepada peniaga Waffle tersebut. Memandangkan video tersebut berakhir di situ, kita dapat ketahui apakah pengakhirannya.
Walaupun begitu, sikap yang sebegini lah patut kita contohi. Berani menghadap setelah rasa diri dianiaya. Sepatutnya begitulah, tidak perlu nak gaduh, cukup sekadar memaklumkan ketidakpuasan hati kita kepada peniaga serta menasihati mereka.
Apabila pelanggan berani menegur kemungkinan besar peniaga yang bersikap sebegini takut untuk mengambil kesempatan. Biarlah mereka menyedari kesalahan dan penipuan mereka. Kalau bukan kita yang menyekat dan menghakis sikap sebegini dalam kalangan peniaga, siapa lagi kan nak buat?
Namun, suka kami ingatkan tidak semua perkara pantas untuk bertindak. Berfikirlah dengan waras dan bertindaklah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Oleh itu, kami mengharapkan agar semua peniaga di luar sana jujur dan telus dalam berniaga. Nasihat ini bukanlah khas kepada peniaga sahaja namun kepada semua orang di luar sana. Kalau kita jujur, tuhan semakin menyayangi kita. Ajarlah diri untuk jujur sentiasa.
Sumber: TikTok real.eycah
Baca juga: “Rasa macam nak pengsan..” Wanita Terkejut Anak Pesan 17 Cawan Air Boba Berharga Rm150 di Foodpanda!