Semakin hari semakin banyak makanan lama, makanan baru, makanan viral yang menjadi kegilaan ramai. Jual apa sahaja, selagi kena dengan selera rakyat Malaysia, pasti laku keras. Lebih-lebih lagi jika sesebuah jenama atau kedai tersebut dikenali ramai.
Selain dijual secara atas talian, banyak juga individu yang membuka kedai sendiri dengan menjual pelbagai jenis pilihan makanan viral. Seperti di Penang, kedai Kieda Crepe Penang. Bermula secara sederhana dan tidak terkenal, namun atas usaha pemiliknya, Kieda yang tidak pernah kenal erti penat akhirnya mampu mencapai kejayaan.
Setiap hari, kedainya sering dipenuhi dengan pelanggan. Mungkin kejayaannya itu asbab dari kebaikan dirinya sendiri. Hal tersebut dapat dilihat menerusi sebuah video yang dikongsikan olehnya menerusi aplikasi TikTok.
Di dalam video tersebut, dia menasihati pengunjung yang beratur di bawah kedainya agar membeli makanan vendor lain terlebih dahulu sebelum membeli makanan miliknya itu Crepe.
Kieda turut memberitahu, jika ada pelanggan yang datang hanya mahu membeli Crepe buatannya, dia tidak menjualnya. Malah dia juga akan menghadiahkan tupperware kepada pelanggannya yang membeli makanan vendor lain melebihi RM20.
Manakala jika beli makanan vendor dengan jumlah yang sedikit, maka sedikit lah Crepe yang pelanggan tersebut akan dapat.
Sempat mengucapkan maaf kepada sesiapa yang datang hanya untuk membeli Crepe nya kerana dia tidak menjualnya. Namun jika mahukan Crepe buatannya, pelanggan harus membeli makanan vendor lain terlebih dahulu.
Sempat juga menyatakan, dia mengutamakan rezeki orang lain dahulu barulah rezekinya. Hal tersebut dilakukan adalah kerana dia perlu menjaga peniaga lain juga. Bukan dirinya semata-mata.
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7178067015687572763?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7178067015687572763
@kiedacrepeBila kita utamakan orang , orang doakan kita lagi murah rezeki kita .. Semoga yang tengah berjuang simpan duit mai kedai kieda dimurahkan rezeki selalu🤲🏻 Caiyokkk! 🤍🤍
Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis, Kieda buat macam tu sebab vendor dia pun nak guna duit. Takut kasihan kepada vendor kalau makanan mereka tak habis.
“dia buat mcmni sebab vendor2 dia pn nk guna duit,jdi xsyok bila crpe dia hbs,tp brg vendor still ada,benda mknan ni klau berhari2 xhbis ksian kt vndor”, tulis Roos Marlina
Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji Kieda memandangkan pakaiannya lebih baik selepas pulang dari mengerjakan umrah. “Alhamdulillah suka tgok kieda skrg dh pakai handsock dan stoking”, jelas Waswt
Tidak kurang juga ada yang bertanya, macam mana orang yang mengidam nak makan crepe namun tidak cukup wang. Namun pertanyaan tersebut dijawab dengan baik oleh Kieda.
“Mcm mn klau kami x dak duit cuma cukup nk beli crepe ja semata mata mmgidam .”, tanya HadekkAniem
Satu perbuatan ataupun cara yang wajar dipuji. Patutlah semakin murah rezeki Kieda Crepe, mana tidaknya, sikapnya yang lebih mendahulukan orang lain dari diri sendiri membuatkan dirinya semakin dimurahkan rezeki. Sama sekali tidak pentingkan diri sendiri, malah meletakkan syarat pula agar makanan peniaga dibeli.
Salah satu sikap pemilik dan peniaga yang patut dijadikan contoh oleh orang ramai. Didoakan semoga Kieda Crepe semakin maju dan berjaya.
Sumber: TikTok kiedacrepe
Baca juga: Sinki Bertakung & Dapur Bersepah, Perempuan Ini Nasihati Lelaki Jangan Kahwin Dengan..