Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Tengah Rekod Berniaga, Tiba-Tiba Ada Aksi Mengejutkan Depan Mata. Tak Sangka Sampai Macam Tu..

Peniaga Tengah Rekod Berniaga, Tiba-Tiba Ada Aksi Mengejutkan Depan Mata. Tak Sangka Sampai Macam Tu..

Kategori:
aksi mengejutkan

Malaysia mempunyai pelbagai festival makanan yang unik dan patut dicuba. Salah satunya adalah Thai Food Festival yang memperkenalkan makanan dari negara jiran, Thailand.

Tidak boleh dinafikan lagi, kebanyakan makanan Thailand sememangnya menjilat jari. Buat masa sekarang, Thai Food Festival ini berlangsung di Giant Putra Height dari 16 Disember hingga 25 Disember.

Peniaga Tengah Rekod Berniaga, Tiba-Tiba Ada Aksi Mengejutkan Depan Mata. Tak Sangka Sampai Macam Tu..

aksi mengejutkan

Bercakap mengenai festival berkenaan, terdapat satu video salah seorang peniaga di situ tular kerana berlaku perkara yang tidak dijangka semasa merekod video perniagaannya.

Ia dikongsi oleh seorang peniaga rojak yang sedang merakam operasi pernigaannya di festival berkenaan. Ketika dia merakam, tiba-tiba terdapat aksi yang tidak dijangka olehnya.

“Tengah rekod berniaga, tiba-tiba.. Korang nampak tak?”, tulisnya dalam keterangan video aksi mengejutkan di Thai Food Festival berkenaan.

Rupa-rupanya, semasa peniaga sedang merekod videonya, terdapat aksi tarik tudung yang berlaku dengan amat pantas. Kemungkinan, sepasang adik beradik sedang bergaduh dan salah seorang antara mereka telah menarik tudung saudaranya sehingga tertanggal.

Aksi Tarik Menarik Tudung Adik Beradik

aksi mengejutkan

https://www.tiktok.com/@syoawsome.co/video/7178349298046749978?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458

@syoawsome.co THAI FOOD FESTIVAL 📍GIANT PUTRA HEIGHT , 16 – 25 DISEMBER 2022 #foodie #smallbusiness #fypシ #mathafthaistreetfoodfestival #thaifoodfestival ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang geli hati dan tidak menyangka ada aksi yang berlaku di pertengahan video tersebut. Masing-masing beranggapan bahawa sepasang adik beradik itu sedang bergaduh akan sesuatu.

“Hahaha gaduh adik beradik lah tu,” komen seorang netizen bernama Adha.

“Gaduh dalam senyap. Kalau bising mahu kena hempuk dengan mak dia,” komen netizen lain.

“Anak saya gaduh tiba-tiba yang banag dia saja nak bagi adik bongsi dia nangis. Dia cakap, “dah lah anak angkat”. Penat aku czer korang memandai cakap anak angkat,” kata salah seorang netizen berkongsi pengalaman anaknya bergaduh dalam kisah aksi mengejutkan yang direkod oleh peniaga terbabit.

Biasalah Gaduh Adik Beradik, Sebab Air Dicincang Tak Akan Putus

Bagaimanapun, ikatan adik beradik memang diumpamakan bagai air dicincang tidak akan putus. Seteruk manapun bergaduh, pasti akan berbaik jua kerana itulah darah daging dan saudara kita.

Sumber: SyoAwsome.Co

Baca juga: “Orang Kelantan Kalis Banjir..”, Tenang Makan Nasi Bungkus Walau Terselam Air, Gelagat Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen

tags: | |