Sup merupakan salah satu makanan yang sangat bagus untuk mereka yang kurang sihat seperti demam, batuk dan selsema. Terdapat pelbagai jenis sup yang korang boleh cuba antaranya Sup Thai, Sup Daging, Sup Ayam dan juga Sup Ikan. Sup ini bukan sahaja memiliki rasa yang enak dan lazat namun cara menyediakannya juga cukup mudah.
Selain itu, makan makanan yang bersup ini juga sangat bagus untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan kita. Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh, mesti ramai yang rasa tidak enak badan kan? Mana tidaknya, hampir setiap hari terkena air hujan, kepala pasti rasa berat. Badan pula rasa kurang sihat. Lemah semacam sahaja.
Selain panaskan badan dengan mandi menggunakan air panas, makanan juga merupakan salah satu keutamaan agar badan sentiasa segar. Apa kata korang yang terasa lemau tu cuba buat Sup Ayam Lada Hitam ini. Banyak khasiatnya tau. Namun untuk membuat sup ini ada tips nya supaya sup yang dimasak itu sedap dan betul-betul menjadi.
Jadi apa kata kita ikuti perkongsian tips masak Sup Ayam Lada Hitam yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di bawah ini.
Assalamualaikum selamat pagi.
Hari ni rasa nak buat sup lada hitam. Sup ini bukan untuk orang tak sihat saja. Orang yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Kalau rasa demam, batuk, selsema boleh lah hidangkan sup ini. Orang tengah pantang pun boleh makan sup ni. Paling best sup ini tanpa minyak. Haa boleh jimat minyak.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Tips masak Sup Ayam Lada Hitam:
Mudah sahaja kan nak buat Sup Ayam Lada Hitam yang sedap ini? Yang penting jangan derhaka resepi dan tips penting yang dikongsikan itu. Ingat, pastikan anda menggunaakan lada hitam yang ditumbuk kasar sekiranya tidak mahu sup yang anda masak berbeza rasanya.
Malah Sup Ayam Lada Hitam ini tidak menggunakan sebarang minyak masak, jadi juga sesuai untuk mereka yang pada ketika ini sedang mengamalkan diet. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula memasaknya sekarang. Gerenti suami, anak, mak mentu, ayah mentua bakal menyukainya. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Baca juga: Tips Buat Pancake Yang Tebal & Gebu Gebas, Bancuhan Tepung Kena Betul Serta..