Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Patah Hati Lantas Hilang Selera Makan? Ini 5 Jenis Makanan Patah Hati & Cepat Move On!

Patah Hati Lantas Hilang Selera Makan? Ini 5 Jenis Makanan Patah Hati & Cepat Move On!

Kategori: ,

Bila bercinta ni ada pasang surutnya, sejak bergaduh sejak berbaik dan lepas itu bergaduh lagi. Ada yang tidak berkesampaian jodohnya, maka masing masing membawa haluan masing masing.

Ada yang senang move on, ada yang susah untuk melupakan pasangan masing masing sampaikan tiada selera untuk makan. Boleh dikatakan hilang terus selera makan. Jangan risau, ada sesetengah jenis makanan patah hati yang akan naikkan semula nafsu makan anda.

Patah Hati Lantas Hilang Selera Makan? Ini 5 Jenis Makanan Patah Hati & Cepat Move On!

Melalui 5 jenis makanan ini, mungkin dapat mengubati anda dari rasa sedih, kecewa dan sebagainya. Jika berkait dengan perasaan sedih, memang akan ramai membuatkan semua orang akan lupa untuk makan dan minum. Jadi tak peliklah kalau ramai yang patah hati kena masuk hospital dek kerana hilang selera makan.

Semua fungsi anggota badan kita akan terganggu, segala tenaga dan pemakanan yang bagus memang diperlukan untuk dapat membantu badan pulih seperti sedia kala.

Patah hati

Ini adalah 5 jenis makanan patah hati yang sesuai untuk membantu anda sedang patah hati

1. Dark Chocolate

Patah hati

Boleh dikatakan, coklat adalah senjata yang paling sesuai untuk semua benda. Contohnya, jika teman lelaki atau wanita merajuk, boleh berikan coklat untuk memujuk mereka.

Tapi untuk hal ini lain pula, coklat dapat membantu mereka yang sedih putus cinta. Sudah tentu, apabila anda makan coklat, proses melegakan kebimbangan akan berlaku, iaitu apabila neurotransmitter dihasilkan dalam otak anda yang boleh menahan kesakitan, kemurungan, dan kebimbangan. Hebat bukan?

2. Ikan Salmon

Patah hati

Selain daripada coklat, ikan salmon juga adalah salah satu yang sesuai untuk dimakan ketika patah hati. Salmon mempunyai kandungan tinggi Omega 3 yang cukup penting untuk dimakan anda sedang patah hati.

Apabila kita mengambil Omega 3 yang tinggi seperti salmon, sardin dan tuna adalah sangat baik untuk kesihatan badan.

3. Sayur – Sayuran Yang Segar

Patah hati

Untuk pengetahuan semua, memakan makanan yang dimasak melebihi 45 darjah Celsius akan memudaratkan kerana banyak vitamin akan dimusnahkan.

Sayuran mentah mempunyai khasiat yang lebih sihat supaya badan anda akan berasa lebih segar untuk menangani patah hati.

4. Kacang

Patah hati

Buat yang sedang sakit hati, patah hati, kecewa dan sudah tiada perasaan. Boleh cuba untuk memakan kacang. Di dapati bahawa mempunyai khasiat yang bagus di dalam kacang yang dapat mengawal mood yang baik dalam badan.

Khasiat di dalam kacang ini mempunyai banyak manfaat yang luar biasa dari segi fizikal dan mental.

5. Keju

Patah hati

Keju apabila dimakan bersama makaroni dan susu untuk dibuat pasta, ini adalah satu cara untuk membuatkan diri anda rasa tenang dan gembira. Antara khasiat terkandung di dalam makanan ini dikatakan dapat melepaskan hormon kemurungan dengan betul.

Amat Susah Untuk Melupakan, Tapi Dia Harus Pergi Jua

Untuk pendapat saya, kadang kadang bukan atas jenis makanan juga untuk meredakan hati kita yang sedang sedih. Mungkin, anda boleh memcuba makanan yang dapat memberikan anda ketenangan. Contohnya, dulu ketika anda berjaya sesuatu, anda terus self-reward diri untuk mendapatkan ketenangan.

Kenangan semasa gembira dapat meningkatkan mood anda dan dapat melupakan kesakitan dan kepahitan yang anda hadapi.

Cubalah dengan perlahan untuk melupakan seseorang, biar lambat yang pasti anda sudah cuba sedaya upaya untuk mengubati diri anda sendiri. Semoga sesiapa yang sedang bersedih, akan dihadiahkan kegembiraan yang tak tertekira untuk anda.

Baca Juga: Patah Hati Remy Ishak Dah Kahwin, Wanita Ini ‘Kecewa’, Buat Kek ‘Selamat Tinggal’ Buatnya

tags: | | |