Menjadi satu topik yang selalu dibincang di Malaysia, mengemas sisa makanan dan pinggan serta gelas di atas meja selepas makan selalu dihujani dengan pelbagai reaksi berdasarkan pendapat sendiri.
Perbuatan itu adalah satu sifat yang baik dan harus dipuji serta disebar luas untuk menjadi tauladan kepada pelanggan.
Konsep membantu sesama manusia seperti menolong mengemas sisa makanan sendiri jika tidak keberatan adalah perkara yang perlu diamalkan.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang peniaga kedai makan terharu apabila sebuah keluarga yang terdiri daripada 30 orang ahli berbuat sesuatu yang menyentuh hatinya.
Peniaga kedai makan Salaza & Sons itu berkongsi bahawa keluarga tersebut telah berkunjung makan ke kedai makannya dan selepas selesai makan, mereka semua menyusun sendiri sisa makanan dan pinggan mangkuk serta cawan dan gelas dengan kemas dan bersih.
Hal itu sangat jarang berlaku kerana biasanya pelanggan akan meninggalkan tempat makan dengan tidak mengemas sampai sebersih dan sekemas itu.
“Customer dari syurga ni. Family 30 orang. Semua dia kemaskan sendiri. Terima kasih kerana memudahkan dan memahami urusan pekerja Salaza”, tulis peniaga tersebut tentang pelanggan dari syurga itu.
Melihat kepada video berkenaan, pelanggan sememangnya mengemaskan pinggan gelas dan sisa makanan dengan amat bersih dan mengumpulkan ia di suatu tempat sahaja bagi memudahkan pelayan kedai makan mengambilnya untuk dikemas.
@salazaandsons Thank you. Kami hargai sangat sangat. #fyp #fypage #foryoupage #foryou #for #food #foodiee #family #customerdarisyurga #salazaandsons #salazabistro #terengganu #love #loveyou
@salazaandsons Thank you. Kami hargai sangat sangat. #fyp #fypage #foryoupage #foryou #for #food #foodiee #family #customerdarisyurga #salazaandsons #salazabistro #terengganu #love #loveyou ♬ original sound – salaza&sons
Melihat kepada ruangan komen, netizen turut terharu dengan perbuatan dan tindakan baik pelanggan dari syurga tersebut serta patut dijadikan tabiat.
Walaupun masih ada yang mengatakan perbuatan itu tidak perlu kerana kita sudah membayar harga makanan, empati netizen tetap tinggi dan ia perlu disebar luas lagi.
“Tu beza yang dari keturunan baik-bai daripada yang lain-lain. Memang tak akan sama,” kata seorang netizen memberi komen kepada kisah pelanggan dari syurga tersebut.
“Konsep dia mudah, ‘kita permudahkan urusan orang lain, InshaAllah Allah permudahkan urusan kita,” kata netizen lain.
Melalui kisah peniaga dari syurga ini, kita dapat melihat bagaimana kebaikan yang dianggap kecil sebenarnya memberi impak yang besar kepada orang lain. Teruskan punya empati yang tinggi walau di mana kita berada. Kebaikan menyatukan kita semua.
Sumber: Salaza & Sons