Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bahaya Weh..”, Lelaki Selamba Makan Roti Cicah Air Banjir, Ramai Khuatir Dijangkiti Penyakit

“Bahaya Weh..”, Lelaki Selamba Makan Roti Cicah Air Banjir, Ramai Khuatir Dijangkiti Penyakit

Kategori:
lelaki-makan-roti-cicah-air-banjir-

Seperti yang kita sedia maklum, banjir kali ini cukup besar. Banyak kawasan yang terjejas teruk, banyak tempat yang sebelum ini tidak dilanda banjir namun kali ini turut dilanda banjir. Ramai yang tidak bersedia, memandangkan ini adalah kali pertama mereka dilanda banjir.

Apabila kawasan dilanda banjir, pelbagai macam bahaya yang bakal berlaku dan timbul. Tidak kira sama ada bahaya tersebut disebabkan oleh arus deras, binatang buas dan kekotoran air banjir itu sendiri. Pelbagai macam penyakit yang boleh berlaku disebabkan air banjir yang kotor.

Namun masih ramai lagi dalam kalangan kita yang kurang kesedaran akan isu kebersihan dan kekotoran ini. Air banjir sangat kotor, jangan terlalu yakin walaupun tidak kelihatan sebarang bendasing dalamnya.

“Bahaya Weh..”, Lelaki Selamba Makan Roti Cicah Air Banjir, Ramai Khuatir Dijangkiti Penyakit

Malah baru-baru ini viral sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang lelaki selamba makan roti yang dicicah dengan air banjir. Meihat lelaki tersebut berbuat sedemikian, ramai dalam kalangan warga TikTok risau dan bimbang.

lelaki-makan-roti-cicah-air-banjir-

Mana tidaknya, lelaki berkenaan selamba sahaja menikmati roti yang dicicah di dalam air banjir di hadapannya. Tanpa rasa bersalah, dia kemudian terus menyuap ke mulutnya sambil berbual dengan kawannya.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan dia mencicah kemudian menyuap ke dalam mulutnya. Namun tidak dapat dipastikan sama ada dia betul-betul menelan roti tersebut ataupun tidak. Lelaki berkenaan turut menganggap air banjir tersebut adalah air teh. Katanya musim-musim banjir jimat air teh.

makan roti

Allahuakhbar, terlampau banyak kuman di dalam air tersebut kalaupun roti yang dimasukkan ke dalam mulut itu tidak ditelan. Kuman tersebut memang tidak kelihatan dengan mata kasar namun risikonya amat tinggi.

Lebih baik kunyah roti sahaja..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang menulis air banjir sudah bercampur dengan bermacam-macam air. Lebih baik kunyah roti sahaja berbanding mencelupnya ke dalam air.

“lebih baik kunyah roti saja, dari celup dalam air tu.. kena jaga kesihatan.. air tu dah macam2 campo, air loji tu campo skai tu”, tulis Mr.Kay

Dalam masa yang sama, ada juga yang bertanya apakah lelaki ini tidak takut jangkitan kencing tikus. “tak takut ker jangkitan kencing tikus”, tanya ameerwuzere

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, demi konten sanggup buat macam tu. “content punya pasal sanggup buat macam tu”, tulis user8707873221536

 

Kalaupun video makan roti cicah dengan air banjir adalah konten semata-mata, ia merupakan antara perbuatan yang tidak wajar. Pelbagai risiko yang boleh berlaku memandangkan dia sudah memasukkan roti tersebut ke dalam mulut sekalipun lelaki berkenaan tidak menelan roti tersebut.

Air banjir membawa pelbagai macam kuman dan boleh menyebabkan pelbgai jenis penyakit. Semoga selepas ini tiada lagi yang melakukan perbuatan sedemikian rupa. Sayangi diri sendiri dan sayangkan kesihatan diri kita. Wang tidak boleh membeli kesihatan jadi jagalah ia sebaik mungkin ya. Salam sayang dari Daily Makan buat semua!

Baca juga: “Hati-Hati Pakcik..” Kaki Alahan, Pakcik Ini Gigih Guna Kerusi Demi Secawan Kopi Buat Ramai Risau

tags: | |